lesu

Mulut bisu, kaku

mata sahaja yang berkata-kata, tanpa lagu

mula bermain dengan nafsu

iman mula lesu

hati oh hati,

mengapakah kau diam membisu

padahal telah memberontak jiwamu

untuk bangun memperbaiki dirimu

sekelilingmu

yang kau perlu

hanya bangunkan akalmu

bangkitkan mindamu

gerakkan bahasa tubuhmu

agar dimengerti

agar mereka fahami.

bangkitlah..

😦

Advertisements

what is your name??

WHAT IS YOUR NAME??

My… Name… Ainaa Syuhaida!!

menyengeh saya. baru ulang 3 kali, ainaa dah pandai balas pertanyaan saya. teringat pula kata Dr. Shamsul, kanak-kanak dari usia 3 tahun, akan mengumpul lebih 3 ribu vocab perkataan, dan itu bergantung juga pada persekitaran semasa.

Ainaa baru 3 tahun, lagaknya macam dah 13 tahun, sampai emak buat karipap pun, dia nak bantu membancuh tepung. Allah, kanak-kanak memang indah kan? suci, bersih, nak belajar sesuatu pun tak susah. senang menerima ilmu.

kita yang semakin membesar ni yang hati semakin kurang bersih, kurang suci. makanya, ilmu pun tak mahu mendekat, tak mahu melekat. macam yang Imam Shafie katakan,

“cahaya Allah (ilmu) itu tidak akan berada pada hati yang berdosa (tidak bersih)”

Allah, jika hati kita kotor, moga Allah bersihkan hati kita yang kadangkala kotor, jika hati kita tak mudah dibersihkan, moga Allah gantikan kita dengan hati yang baru, yang bersih dan yang suci seperti hati seorang kanak-kanak. amin Ya Rabb..

🙂


senang SYUKUR. Susah SYUKUR.

mudah melafaz ia, 

tapi sangat susah mengotakannya…

manusia, banyak disebut dalam Al-Quran,

sangat sedikit golongannya yang bersyukur.

waktu senang, ia bersyukur,

waktu susah ia mensyukuri..

detik-detik yang amat ditakuti,

bila sering kufur, hati rasa susah untuk bersyukur,

bila sering ditimpa senang, hati rasa kurang menghargai susah dengan tenang,

senang pun bersyukur

susah pun bersyukur

cuba dihitung kembali,

bertahun-tahun kita hidup di dunia,

SUSAH atau SENANG timbangannya yang paling banyak kita dapat?

jika senang yang kita ingatkan ketika susah,

inshaallah, kita akan mengerti sebuah kesyukuran tika dalam kesusahan...

***

be thankful, be grateful. Allah will bless your life here and hereafter. 🙂

‘ghost-mania’

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, minggu peperiksaan berakhir sudah, usahanya tidaklah mencapai tahap Imam Shafie mengkaji dan menghafal kitab Imam Malik, tidak juga setekun Imam Hambali menghafal satu persatu nota di dada. Namun, usaha mana yang termampu, selagi mana usaha, Allah tetap dan masih akan pandang kan?

Lebih dua bulan menyepi dari entry yang berjela. Masih lagi mengira-ngira, punya hak ke menulis di alam maya. Menulis untuk suka, memang boleh, tetapi menulis untuk manfaat ramai, susah sekali. Namun, kalau usaha, Allah tetap akan menilainya kan?

Baru berlalu sehari selepas program bersama adik-adik sekolah kebangsaan Bakar Arang Sg. Petani kedah. Meriah, ramah sungguh adik-adik. Macam-macam telatah, yang paling penting, majunya mereka jauh beribu batu dengan keadaan kami sewaktu seusia dengan mereka. Mana taknya, handphone dan camera, seorang sebuah dibimbitnya. Tuntutan dunia globalisasi, kalau kerana manfaat, apa salahnya kan?

Dalam perjalanan menuju ke Masjid, bersmebang dengan seorang adik ni, hurin namanya. Comeell sangat, tenang je pandang. Manusia suci, masih belum punya dosa. Subhanallah. Tetapi, apa yang membimbangkan saya, fikiran kanak-kanak sekarang, sudah terbiasa sangat disulami dengan ‘ghost-mania’ kot, bayangkan, adik berumur 9 tahun, dah bercakap soal takut hantu. Bukan takut dosa. Bukan takut neraka. Tapi takut hantu…

“kak, tau tak, hari tu kan, saya dengan kawan nampak hantu kat pusat sumber.. paannjaang rambut dia, pakai baju putih, macam hantu dalam cerita ‘congkak’, eh bukan-bukan, macam yang cerita baru tu, sini ada hantu ke ape tah.. takutla. Takut nak pergi P.S lagi..”

“ayook! Hari malam jumaat, tau tak ade ape…”

Kawannya berseloroh apabila mendengar dia bercerita.

Saya pun menambah seloroh, “ala, malam jumaat ke, kan sama je dengan malam-malam lain. hantu ada kat mana-mana, dia macam manusia jugak, ada kehidupan.”

Takut pula mahu berbicara panjang. Bahasa budak saya kurang mahir.

“tapi, kan kak, kenapa selalu kat tv, cerita hantu tu selalu cekik orang lah, kacau orang lah? Kita kan tak kacau dia.”

Nah, serangan filem hantu lagi..

“biasalah, manusia pun kacau manusia apa. Yang penting, kita buat baik, buat baik, Allah balas baik tau. Berganda-ganda. Nanti dapat barang ajaib dari Allah.”

Pahala…

Saya tutup ‘diskusi-ghost-mania’ itu.  Nak tuntun adik-adik ke masjid untuk solat jama’ takhir.

Saya tak fokuskan pada filem-filem era sekarang. Tidak pula pada ghost-mania yang telah tercetus tanpa sengaja mungkin. Entahla. Cuma timbul bibit kerisauan dalam hati. Budak seumur 9tahun, mula kenal hantu, mula takut hantu. Saya tak tahu akan masa depan bagaimana hendaknya. Allahu a’lam.

Cumanya, persekitaran itu yang mencorakkan keperibadian kan? Macam juga persekitaran mencorak tutur kata dan bahasa anak-anak. Yang mana bertutur ibu bapanya bahasa inggeris di rumah, akan mahirlah anak-anaknya bertutur inggeris, mana yang disulami dengan filem-filem ghost-mania, akan diracuni lah pemikiran kanak-kanak yang suci tu.

Saya cuma risau, saya pun punya adik berusia 3 tahun, kecil lagi. Semenjak ada adik kecil, cerita hantu tak pernah dimainkan kat rumah, kalau ada pun, takkan pernah bagi adik menonton. Bukan tak mahu bagi mereka takut hantu, Cuma, tak mahu mereka lebih takutkan hantu dari takutkan Allah sebelum usia mereka baligh lagi.

Kalau kita tak ubah persekitaran, siapa lagi kan? Kalau tak mampu masyarakat, kita ubah dari rumah. Dari kecil, walau sebesar zarah usahanya, Allah tetap akan nilai kan?

Sama-sama usaha. Sama-sama cuba ye.

Inshaallah…