Qolbun

Menjaga hati lebih perit dan susah daripada menjaga sekandang biri-biri.

Tetapi apabila hati sudah dijinakkan, ianya lebih susah untuk menjadi liar berbanding biri-biri.

Melembutkan hati lebih payah dari mencairkan besi.

Tetapi apabila hati sudah menjadi lembut, ianya lebih susah untuk berkarat berbanding besi.

Masaulkhair.

bumi Gombak.

__

* Qolbun = yang berbolak balik, yang tidak stabil. iaitu hati.

perasa kehidupan

Dunia tanpa warna..

2

“seandainya, dunia tiada warna…”

1

“tetapkan ku kagumi…”

DSC02695

Dunia indah dengan warna…

DSC02689

kehidupan indah dengan perasa…

Warna-warni kehidupan yang mencorak kita menjadi sebenar-benar hamba, sebenar-benar insan. bayangkanlah kehidupan kita, tanpa ujian, tanpa dugaan, tanpa suka, tanpa duka, adakah kita benar-benar menghargai kurniaan Allah sebagai seorang yang bergelar hamba? adakah kita benar-benar boleh menjadi seorang yang lebih baik dari hari ke hari?adakah kita benar-benar rasa begitu indahnya kehidupan?

“untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya..” (al-mulk : 2)

begitu juga dengan warna-warni alam, berona warna, berona perasa. Allah ciptakan semuanya untuk menzahirkan keindahan, Allah mencipta segalanya untuk melahirkan kesyukuran dalam hati hamba-hamba-Nya. supaya lebih bersyukur, dan supaya lebih redha.

maka, tersenyumlah tika diuji, tersenyumlah ketika dilanda perasa kehidupan. InsyaAllah, jalan yang susah itu, kadang-kadang menjadikan kita lebih mudah, lebih teguh menghadapi kemudian hari. kadang-kala, jalan yang perit itu yang melorongkan kita kepada tempat dan daerah yang indah. kalau tidak di sini, kehidupan di Sana.

maka tersenyumlah, kelak akan kau bahagia… 🙂

________

p/s : maaf, gambar kurang jelas, bukan dslr. tapi syukur sebab ade pakcik sony w910.. ^^

takdir ketentuan

takdir Allah itu mendahului segala. 

kalau itu rezekinya, terimalah dengan syukur. kerna setiap yang ditentukan pasti ada hikmahnya.

kalau itu kurangnya, terimalah dengan redha. kerna yang kurang itu, lebih nikmatnya disisi Allah.

Putih bunga itu, tiada siapa yang dapat menukarkannya menjadi merah.

kerana Allah itu pencipta segala, penentu segala.

kita hanya merancang, Dia jua yang menentukannya.

so, don’t be sad, and don’t be afraid,

Allah always with you, always loves you… ^^

_____

teruntuk buat sahabat-sahabat yang sedang dalam kesusahan, dalam keperitan, dalam kepayahan mengharungi tuntutan kehidupan..

moga kalian kuat! kerana Allah sentiasa bersama kita. inshaallah..

suspend and consider it!

“Don’t condemn and judge too fast, because it takes time and need knowledge for it”

-Prof. Kopansky

biasela, no body perfect, if there a person, is only Rasulullah.

orang dulu kate, cakap siang pandang-pandang, cakap malam jeling-jeling. tapi, orang sekarang, kat mana sahaja mereka lalu, di mana sahaja mereka terlihat sesuatu, terus sahaja menghukum sesuatu, tanpa consider ape-ape perkara yang bersangkut paut.

“ish, haram jumpe-jumpe laki pompuan ni. rapat plak tu…”

ish ish ish, hang tau tak, depa tu sepupu sepapat, adik beradik? buat dosa kering ja..

“ni, tak datang kelas, overslept la tu.. over dos betul kalau tido!”

astaghfirullah, die diserang flu la. tak pasal-pasal u tambah pahala die, dan tambah dosa u..

“dia ni, tau couple tu haram, tau hukum hakam, tapi tak sedar-sedar. taknak bertaubat plak tue! confirm la nie….”

Ya Allah, taubat manusia, siapa yang nampak? siapa yang menilai? mana tahu, time u cakap macam tu, malamnye, dia bertaubat, menangis teresak-esak menyesali perbuatan dosa. siapa yang rugi? u ke dia?

wahai sahabat-sahabat, let us ponder, dalam sehari, berapa kali kita judge perbuatan dan tingkah laku orang? berapa kali kita tersalah menilai? sedarlah,  manusia tak lepas dari salah silap. Allah sangat-sangat menerima dan suka akan hamba-Nya yang bertaubat. pintu taubat Allah lebih luas dari pintu kemurkaannya. layakkah kita menilai dan menghukum lalu membelakangi kasih sayang Allah?

marilah kita, mulai saat ini, ketika ini, hari ini, minggu ini, bulan ini, to give thousands reason before judging something,  kalau tak ribuan alasan pun, bagilah sepuluh je sebelum kita menilai seseorang.

“dia mungkin adik beradik, sebab tu jumpa berdua.”

“mungkin dia sakit, sebab tu tak datang kelas.”

“manusia tak lepas dari kesilapan, moga Allah beri hidayah padanya.”

“mungkin dia tak faham lagi konsep sebenar ikhtilat.”

mungkin dan mungkin.

jadi, tiadalah kata-kata hukuman. selamat dunia, akhirat terjaga.

so, suspend your judgement, and consider what you really don’t know! ^^

bersabarlah…

arah cahaya itu makin gelap,

makin kelam,

makin menyesakkan dada,

dia terduduk kaku,

senyap tidak berbahasa,

hirup pikuk yang berdesing di telinga,

sedikit pun tidak diendahkan,

hanya pautan kalimahn-Nya yang menjadi teman.

kala itu,

kesabaran yang terlalu perit diuji,

walau yakin masa pasti bertamu,

mujahadah itu terasa pahit sekali,

sepahit kopi tanpa gula,

seperit jari dihiris pisau.

dia tertunduk pilu,

pohonnya meninggi dengan harapan,

pimpinan Ilahi yang dipinta,

agar kesabaran dipertingkat,

agar kekuatan dipinjamkan,

dunia ini fatamorgana,

yang cantik selalu diimpi,

yang indah kepingin untuk dikecapi,

yang manis mahu dimiliki,

tetapi

semua itu tidak kekal,

tidak selamanya wujud,

tidak selamanya bersama,

sekali dirimu dilukai,

segunung kebahagian akan mengiringimu,

sekali dirimu tidak disayangi,

pandanglah sekelilingmu,

insan-insan yang memberikan sepenuh perhatian kepadamu.

bersabarlah,

sedikit sahaja lagi,

bukan tuhanmu tidak mengendahkanmu,

cuma belum tiba kesesuaian masa,

belum muncul kesesuaian rusukmu,

belum menjelma pembimbing tahajudmu,

sabar memang perit,

tetapi

Janji tuhanmu itu pasti,

setiap keperitan ada manisnya,

ada kebahagiaan,

bersabarlah,

masamu akan tiba,

jika tidak di sini,

pasti di sana!

______

minggu yang penuh dengan suka duka kehidupan, teman kiri dan kanan, air mata berderaian, usia 20-an sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang menggunung!

 

Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. 

 

seperti BUAH

BUAH pun ada musimnya kan?. bila tiba musim durian, jatuh luruhlah buahnya, tiba pula musim rambutan, mulalah memerah buah pada pokok kiri dan kanan jalan, inikan lagi manusia. silap, inikan lagi saya. musimnya bermacam-macam. ada ketika mahu membaca sahaja, ada ketika, menulis tak berhenti. ada masanya, pabila musim gersang, tandus, kemarau dengan ilmu, baca dan tulis, sudah tak sentuh lagi.

saya mahu belajar untuk istiqamah, tetapi terlalu banyak sangat kekangan yang sengaja dibuat. bukan tak boleh, tetapi sengaja tidak dibolehkan.

tahu sahaja, Allah lebih menyukai amalan dan perbuatan yang sedikit tapi kerap. istiqamah dan berterusan. nampak senang.

tapi yang senang itulah yang susah kan?

sama-sama belajar dan mencuba.

seperti buah, walau punya musim, ia tetap akan berbuah. walau macam mana sekalipun, tetap akan punya buah durian dalam setahun. kan? 🙂

mencuba untuk istiqamah. tak dapat menulis banyak, sedikit pun jadi. tak dapat buat banyak, sedikit pun jadi.  🙂

Amalan yang paling dicintai Allah S.W.T. adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” – hadith riwayat Muslim

______________
p/s: lembu diikat pada talinya, manusia dipegang pada katanya. 🙂

perahu

“aku menangis bukan kerana membenci, tetapi kerana aku takut dibenci-Nya.”

“aku menangis bukan kerana membenci, tetapi kerana aku takut aku tidak mampu menghadapinya.”

“aku menangis bukan kerana melawan fitrah, tetapi kerana takut fitrah yang berkunjung tak tepat pada masanya.”

perahu hati ini, susah sekali mahu didayungi. aku pohon, kuatkan aku ya Allah..

 

gombak.malam.