seperti BUAH

BUAH pun ada musimnya kan?. bila tiba musim durian, jatuh luruhlah buahnya, tiba pula musim rambutan, mulalah memerah buah pada pokok kiri dan kanan jalan, inikan lagi manusia. silap, inikan lagi saya. musimnya bermacam-macam. ada ketika mahu membaca sahaja, ada ketika, menulis tak berhenti. ada masanya, pabila musim gersang, tandus, kemarau dengan ilmu, baca dan tulis, sudah tak sentuh lagi.

saya mahu belajar untuk istiqamah, tetapi terlalu banyak sangat kekangan yang sengaja dibuat. bukan tak boleh, tetapi sengaja tidak dibolehkan.

tahu sahaja, Allah lebih menyukai amalan dan perbuatan yang sedikit tapi kerap. istiqamah dan berterusan. nampak senang.

tapi yang senang itulah yang susah kan?

sama-sama belajar dan mencuba.

seperti buah, walau punya musim, ia tetap akan berbuah. walau macam mana sekalipun, tetap akan punya buah durian dalam setahun. kan?🙂

mencuba untuk istiqamah. tak dapat menulis banyak, sedikit pun jadi. tak dapat buat banyak, sedikit pun jadi. 🙂

Amalan yang paling dicintai Allah S.W.T. adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” – hadith riwayat Muslim

______________
p/s: lembu diikat pada talinya, manusia dipegang pada katanya.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s