‘Momento’

 

jalan-jalan di peta disusuri,

sungai-sungai, laut-laut diredahi,

oh..

aku sedang berada di Moscow, menyusuri jalan-jalan indah di Sarajevo,

menatapi keindahan di Pulau kecil Corsica,

tasik-tasik yang luas terbentang, tenangnya bagaikan aku sedang menghirup udara nyaman di persisiran pantai Baltic,

itu dia bangunan-bangunan megah di Istanbul,

kota yang dikelilingi laut..

itu dia Sang Bangau,

sedang menapakkan kakinya dalam tasik cetek di Venice,

Si pendayung sampan menyanyikan lagu dalam latinnya,

‘Momento da ricordare’

Anak kecil bermain riang, ibu-ibu dalam corsetnya memerhati diam,

Oh..

aku hanyut dalam khayalan,

aku rebah dalam mimpi,

dan ternyata sedar

bahawa aku masih di sini..

 

 




kat mana?

UIA la.. baru habis Map-Exam dan Mid-Term. Huhu

 ps : tak dapat pegi tempat-tempat kat atas tu, tengok kat peta pun jadila.. huhu 🙂

 

Believe Him and You Choose!

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

[lirik lagu pokok]

___

* terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu. bila kita asyik dan terlalu memikirkan apa yang kita mahu, apa yang kita suka, apa yang kita impi, apa yang perlu bagi kita tidak diendahkan. ingat, apa yang kita suka, tak semestinya baik buat kita, apa yang kita nak, tak semestinya penting buat kita, yang kita dapat, dan apa yang Allah tentukan itulah yang terbaik superb duperb perlu buat kita pada ketika dan keadaan tertentu. apabila Allah tidak memakbulkan doa kita bukan bermakna Dia tidak menyayangi kita. tidak sama sekali, tetapi, mungkin Allah mahu beri yang lebih baik, ataupun mungkin masa dan waktu masih berlum sesuai untuk permintaanmu. so, don’t dispair, Allah always love you. percayalah dan jangan putus asa dengan Rahmat dan kasih sayang Allah. ^^ put your trust on Him. 

[Al-Baqarah : 216]

* tak mudah, namun tak susah. terserah atas pilihan. very like. so true. semuanya atas pilihan diri sendiri. Doa macam mana sekali pun, jika tidak ada usaha, tiadalah hasil yang kita mahukan. ingat, rezeki tak datang bergolek, even, nak makan rambutan pun kene kait buahnya, everything need effort! so, do believe Allah,  give effort in everything, and remember,  Allah tak akan ubah keadaan dan nasib kita, jika kita tak mengubahnya.  So, live well or live hell. you choose! ^^

[Ar-Ra’d : 11]

p/s : musim exam, musim assignment, musim busy. this is reminder for Myself and all of you.

Weakness-pushing factor

[kelemahan + kekurangan] + tidak mencari inisiatif = PUTUS ASA x HILANG SEMANGAT

[kelemahan + kekurangan] + mencari inisiatif lain = PROBLEM SOLVED plus SEMANGAT

tak sama, tak sama. memang tak sama.

dua teori yang berbeza dan hasil yang berbeza, beza nya pada quotation yang kedua lepas kelemahan dan kekurangan.

seorang Intan Syahidah pun menggeleng sendirian. petang-petang sebegini elok diasah sikit otak yang berselirat di balik teori translation ana-anti, aku-engkau, zahaba-ila-hasola-a’la dan so on. seorang Intan Syahidah pun membaca satu buku.

Mencari Makna Hidup.

serius. buku ni walaupun dari Tanah Seberang, bila baca, zaappp!! ada je yang kena dengan diri sendiri. serius.

kalau dahulu, masa sekolah. rasanya student yang paling Optimis sekali pun akan cakap macam ni. ‘haila, susahnya nak ingat subjek ni. susah sangat la!’

nyatalah, student yang optimis tu bukan seorang yang bernama Intan Syahidah.

Intan Syahidah dulu sangatlah tidak optimis, dan selalu saja lemah semangat. itu tak boleh, ini susah. situ lemah, sini kurang. kot la nak cakap aku lebih kat sini, lebih kat sana. langsung tak pernah. hampeh je. rasa berdosa sangat. macam tak bersyukur.

dah nak hujung-hujung zaman persekolahan barulah sedar. yang kurang tu pun kelebihan sebenarnya. barulah belajar bersyukur. sebab dah mula rapat dengan Ustazah Bahasa Arab, Us Saadah, jadi ter‘tarbiyyah‘ la diri yang pesimis ni.

nak dijadikan subjek cerita bukan diri ini iaitu seorang Intan Syahidah. tetapi Quotation yang diatas tadi. tentang kelemahan dan kekurangan.

siapa kat sini yang takde kelemahan? takde kekurangan? angkat tangan?

teringat pula dalam kelas BM seminggu sebelum Mid-break. Cikgu tanya, apa kelemahan dan kelebihan kamu? dalam otak memang dah ligat, list kan segala kelemahan yang ada. kelemahan kalau dinisbahkan dalam diri dengan kelebihan yang ada, kot lah boleh menyamai 10 : 1. teruk-teruk-teruk. takpe la. at least, sedar diri.

tapi,  point kat sini, penting nya sedar diri atas kelemahan diri. itu yang paling-paling terpenting untuk menghasilkan solusi yang baik. kalau tak sedar diri, kot la nanti jadi overdose-overreact. parah tu. bahayaaaa.

ek? Naudzubillah. erm..

kenal tak Beethoven?

pencipta muzik yang luar biasa macam lagu-lagu symphony, Fur Elise, Piano Sonata, dan banyak lagi, selebihnya, boleh tanye kat pak cik Google ye.

haaaaa, dah kenal kan muziknya. sedaaaap sangat. dari sekolah dah ter’addicted‘ dengan lagu-lagu Beethoven. tapi tak la sampai bawak ke tidur. hihi.

nak sampai kan kat sini, tau tak sebenarnya Beethoven tu seorang yang hilang deria pendengarannya semenjak usia 20-an lagi?

dan tahu tak, Beethoven tetap sibuk menulis lirik dan muzik yang luar biasa tu in spite of dia dah tak boleh mendengar masa tu. tapi, nak tahu tak dia boleh cakap ape??

“Saya akan bertarung dengan nasib. kecacatan ini tidak akan melemahkan saya” [translated]

Allahu Akbar. saya kat sini, bertakbir bukan mengagumi agama yang dianutinya. tidak sekali. tetapi, saya mengagumi prinsip dan semangatnya. bagaimana, seorang yang mempunyai kekurangan terbesar dalam dirinya, boleh meneruskan hidup dan berjaya dalam kariernya sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir. mesti ada sesuatu yang dilakukannya. mesti ada sudut pandang yang lain diguna pakai.

Intan Syahidah dah mula guna ayat skema.. hihi tapi serius, memang kagum.

 Subhanallah.

ingat tak kisah seorang Sahabat zaman Nabi,  Abdullah bin Ummi Maktum, atau nama sebenar Abdullah bin Umar bin Syuraikh, Beliau ni semenjak lahir, sudah buta. tak dapat melihat. tapi, punyalah semangat yang sangat-sangat menggunung untuk mempelajari Islam, walaupun diejek, dihina, dipukul di Mekah, beliau tetap tak putus asa mempelajari Islam, tak putus asa datang ke Majlis Nabi, sehinggakan, beliau antara kelompok pertama yang berhijrah ke Madinah. Subhanallah.

Siapa kata orang yang buta, dan cacat penglihatan tidak boleh mempelajari agama, tidak boleh menerima ilmu? dan siapa kata orang yang tidak boleh mendengar, tidak boleh menghasilkan muzik-muzik yang indah dan luar biasa?

sebenarnya, apa yang seorang Intan Syahidah faham, sepanjang 20 tahun hidup di dunia ini, apa yang menentukan kesudahan hidup kita, dan solusi buat masalah dan kelemahan kita adalah sudut pandang kita sendiri. sudut pandang individu sendiri. macam mana kita melihat kelemahan itu sebagai satu potensi atau daya penolak untuk kita lebih berusaha dan memperbaiki diri,

kalau ini ayat tak skema,

apa yang kita lihat pada diri kita sendiri, adalah seorang individu yang lemah untuk bertutur-menulis-dan-memahami Bahasa asing, contoh Inggeris. ini dianggap kekurangan minima. sebab kita masih punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk menulis. jadi jangan jadikan alasan tidak tahu itu alasan yang final-penghabisan. itu namanya menzalimi diri sendiri.

kot ye pun tak pandai bahasa inggeris, banyak medium untuk belajar, internet-suratkhabar-majalah-buku-reader’sdigest- dan macam-macam lagi boleh membantu. kot ye pon kurang confident nak bercakap depan orang ramai, buat preparation awal-awal, berlatih selalu depan cermin,  mintak comment dari kengkawan, inshaAllah, ruh-confident tu akan hadir. InshaAllah. banyak lagi kelemahan yang boleh diatasi jika ada U-S-A-H-A.

Ek? main ruh lak aku nih? masak-masak.

jadi, kesimpulannya kat sini,

kejayaan sebenarnya tidak diukur dari sudut kekayaan, populariti dan kedudukan seseorang, tetapi bergantung kepada cara berfikir yang rasional terhadap kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan mencari potensi lain.

kot la bahasa skema, okeyla, bahasa mudah,

macam belon, dapat tak belon tu terbang hanya kerana warna yang cantik dan bentuk yang unik? of course la tidak, kalau tak ditiup, mana nak terbangnya.

jadi, belon terbang sebab isi udaranya,

manusia berjaya sebab usahanya.

dah terlalu panjang dah ni. stop dulu keyh. chioooww.

assalamualaikum. ^_- Allahu a’lam.

___

* seorang intan syahidah hanyalah bercakap berdasarkan pengalaman. memang saya tak hebat, banyak kekurangan sana sini. jadi, mana yang baik dari entry ini sila ambil, dan mana yang salah-buruk, sila buang dan betulkan. saya sedia berlapang dada menerimanya. kata nak optimis kan? ^-^
* kisah tentang Beethoven boleh baca dalam buku ni, ‘You Can Be a World Changer’, dan kisah Sahabat Nabi tadi boleh rujuk dalam 65 gambaran kehidupan Sahabat.
* “Saya melakukan yang terbaik sepanjang pengetahuan saya, yang terbaik, yang terdaya saya lakukan dan saya mahu melakukannya begitu hingga tamat.” [Abraham Lincoln]
* Mencari Makna Hidup by Parlindungan Marpaung.

takut-tak-ada-jodoh?

“kak, saya rasa tak ada siapa-siapa pun suka saya. malulah nak cakap kat akak, tapi saya takutlah. saya takut tak ada jodoh.”  

“kalau awak jaga diri baik-baik, sama ada diorang hormat, ataupun Allah sedang lindung. itu saja! :)”

*Quoted from Umairah Shafei. blog yang sangat hebat, sehebat pemiliknya. silalah berkunjung. sangat bermanfaat. 🙂

memanglah. serius sangat bersyukur. ada kawan, untuk mengingatkan. ada sahabat untuk mendengar. ada teman untuk menenangkan. memanglah sungguh. seorang Intan Syahidah sangat beruntung di kelilingi sahabat-sahabat yang indah-indah belaka. dan tentunya hebat superb duperb.

kalau diikutkan, memang tak boleh nak berjalan sendiri dalam hidup to be a life-learner di kampus ni. banyak benor dugaan dan cabarannya. nak diusik dengan dugaan perasaan, dah berkali-kali beristighfar dah, ditambah dugaan belajar, berpapan-papan panadol dah ditelan selama 3-4 tahun ni. Allah, hanya Engkau yang Maha Tahu.

haila. ni penangan Hlovate la ni. haila sakan. bukannya apa, haila ni bukanlah versi merungut or merengek or mendengus, just melepaskan lelah je.

kalau bab cintan cintun, masalah hati, rumahtangga, baitul muslim, kawinmudadotcom dan bla bla bla ni, memang aku dan sahabat-sahabat dah puas buat liqa’, usrah tak rasmi membincangkan hal-hal yang memang menjadi bualan mereka-mereka yang sedang 20-an ni. bukannya apa, masalah-masalah hati yang tak pernah-akan-padam-luput ni perlu dibincangkan, dikongsi, dan jangan sekali dipendam. kelak meracun diri. serius. boleh buat dada sesak oooo…

memanglah kalau nak difikirkan, jadi wanita-perempuan-gadis-women yang agak-agak minoriti terasing-Ghuraba’ dari dunia cintan-cintun ni memanglah teramatnya mencabar. mana taknya, boleh aku dan kawan-kawan dengan tudung luar biasa-agak-labuh-dari-biasa, dengan T-Shirt Muslimah lepas lututnya, berjalan di Wangsa-Walk dengan selambernye tanpa ada apa-apa perasaan. ek? kalau diikutkan tipu tu. sesak dada oi balik compartment kat Mahallah. Mana taknya, bila kaki dah terpijak tahi lembu, baunya tetap akan ada walau dah letak clorox satu botol. betul tak tipu. try tengok.

Maksud aku kat sini, tersangatlah tipu kalau kita tak rasa apa-apa bila berada ditengah-tengah masyarakat yang budaya-adat-custom nya berbeza dengan kita-dengan apa yang kita amalkan. aku sedar, aku bukanlah stok muslimah-muslimah yang 24 jam dengan Al-Quran, bukan juga 24/7 dengan Masjid. tapi, aku life-learner yang nak mengubah ke arah itu. dan nak mencuba jadi macam sahabat2 aku yang hebat dengan studynya, dengan usrahnya, dengan kemnya, dengan trainingnya dan macam-macam lagi. jadi, bila aku yang tersangat-sangatlah biasanya ini turun ke dalam kelompok masyarakat, dan kiri kanan pasangan dok berpaut tangan, bermesra, bermanja, tak ke haru hati aku ni. rasa macam bintik-bintik hitam mula tumbuh dalam hati. kalau kat muka, boleh la kot pakai Oxy ke Biore ke ape, ni kat hati, makan bulan nak baiki biar bersih balik. silap-silap, makan tahun. haila, kalau yang foreigner berpimpin tangan tu aku takla kisah, ni bangsa sendiri, warna kulit sama tuh, siap pakai hijab lagi. dalam hati mula la rasa sebak-sesak dada, istighfar, mintak dijauhkan, dan dalam masa yang sama, Husnud zhon, ‘mereka mungkin sudah berkahwin.‘ tutup buku. bukak buku baru.

terkadang, rasa pelik dengan soalan. ‘awak, takkan takde pasangan lagi? dah 22tahun, nanti jadi anak dara tua nanti’. haila kakak-kakak, mak cik-mak cik, jodoh kan dari Allah. dari Tuhan kita. kalau jodoh tu macam buah rambutan yang boleh dipetik dan dikait dari pokok, memang komfemla esok saya dah kawen. Ini tidak, jodoh tu perlu melalui banyak proses tau. proses-memperbaiki-diri dan proses-bersedia-untuk-diperbaiki.

tapi, kira masuk dalam bab tipu la kalau aku langsung tak ada rasa takut kalau tak ada jodoh. memanglah, fitrah manusia ke arah itu. ke arah nak bekeluarga. ada siapa ke anti-keluarga? anti-kawen? kompom macam takde je. orang-orang homo yang nak buat perhimpunan-yang-tak-masuk-akal tu pun menegakkan benang mereka yang tak berapa basah yang mereka ada hak untuk bekeluarga sesama mereka. tapi, aku taknak cakap bab mereka. tutup buku.

cumanya, kalau ikutkan hati dan perasaan, memang dah jatuh hukum wajib dah. tapi, bila muhasabah balik, fikir dalam-dalam, apa pentingnya bekeluarga bagi seorang Intan Syahidah, hati jadi tenang balik. perasaan takut-tak-ada-jodoh pun dah hilang dan reda. itu gunanya kawan-teman-sahabat-kawansebantalseperiuk-kawanmenangis and so on.

jadi, satu ayat keramat yang aku pegang sampai la ni..

“jodoh memang tak akan datang bergolek. cumanya untuk mencari jodoh, pertama, cari yang baik dan soleh, ataupun jadi yang terbaik dan sesolehah mungkin. InshaAllah, Allah akan kirimkan Jodoh yang Superb Duperb terbaik buat diri.”

apa nak takut. Allah dah janji, “Perempuan yang BAIK untuk lelaki yang BAIK”.

SO, jangan takut and jangan sedih, sebab kita ada Allah. ^_^

_______

*entry kali ni yang macam bercampur aduk isu-isinya. harap dapat ambillah mana-mana yang kena dengan diri dan ada manfaat.

*serius. memang nota teruntuk buat diri sendiri. takde niat nak condemn mana2 pihak, takde niat nak sentuh isu-isu panas masa kini. harap terimaaaa-dan-bacaaaa dengan hati dan dada yang lapang. ^^

wassalam.

Hikmah kembara

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue

Suatu pagi yang indah.

sedang asyik-asyik membelek tingkap bas yang dah ditutupi titisan-titisan air hujan, sedang mata asyik memerhatikan ibu muda yang menggendong anak kecilnya dalam rintik hujan, sedang dok mendengar MP3- Maher Zain bersuara merdu, aku di sapa mak cik India. aunty Rama namanya.

“mau balek kampung ke? balik rumah?”

er.. nak jawab ke tak? takde isu pukau memukau kan? nampak baik aunty ni. tak jawab nanti, tak tunjuk teladan baik pula. kita kan Muslim.

“ye aunty…” gagap-gugup menjawabnya.

“panggil saja aunty Rama.” dia mula berbahasa. aku mula rasa selesa.

“err.. aunty dari mana?” aku pun mula bertanya. ‘aik, macam skema semacam je ayat aku ni? redah jela..’

“baru balek dari hospital. tengok anak aunty..”

haa? hospital? rasa berdosa lak syak wasangka awal-awal tadi. padahal mak cik ni sikit punya baikla dan bersopan.

“anak aunty sakit ke? sakit ape?” dah mula la, virus ramah menjelma. datanglahhhh.

“eh tarala, anak aunty praktikal doktor itu sana HKL, lama tara jumpa dia, dia pun tinggal rumah sewa, lama tara balek rumah.” Done-said like this, something like this. ‘tak reti nak tulis ayat 1Malaysia.’

“oh…” panjang Ohh aku. tutup mulut sikit… hehe

diam. aunty start bertanya. “belajar lagi? di mana?

“UIA aunty. Universiti Islam kat gombak. ni pun balek weekend je. ambil masa balek rumah. lama dah tak balek.”

lama dah kami berdiri. sorang pun tak bagi aunty ni duduk. kot la nak pelawa ke ape. hampeh. langsung takde semangat 1 Malaysia. kalau ye pon masing-masing takde semangat 1 Malaysia, kita kan manusia, berperi-keManusiaan la sikit. kesian aunty ni. dahla banyak barang. lagi satu, dahla nak ke Puchong dari KL Central ni dekat 45minit gak berdiri. aku takpela, kudrat tulang empat kerat masih boleh bertahan lagi. kesian kat aunty Rama la.

mula la aku membebel dalam hati. haila.. 

conversation diteruskan. ehem2..

“U amek kos ape?” Aunty Rama bertanya. 

aku hulur tangan, barang kat tangannya aku amek letak atas tempat letak barang bas rapid ni. ‘takpela batal wudu’.’

‘kos metik. kos medik.’ hehe nak berseloroh tak kena tempat. jadi aku sembunyikan niat nak berseloroh tu. hehe

“kos Bahasa aunty. Bahasa Arab dalam kuliyyah Sains kemanusian. saya buat history jugak.” mendatar tanpa rentak. mana taknya, time tu pakcik bas tengak ‘kona’ ke kanan. kene pegang kuat-kuatla.

“oh.. kenapa tak mahu jadi doktor?” makin rancak pertanyaan aunty ni. hehe

“sebab sudah ramai la aunty mahu jadi doktor. anak aunty saja doktor. belum lagi anak orang lain. baik saya mengundur diri dan amek kos yang tak ramai amek.” selamber je aku menjawab. aci redah je. dah rasa mesra.

aunty pun tergelak dengan jawapan aku. memanglah seorang intan syahidah. memang tak boleh bawa ke majlis. kang gelak memanjang.

“betul juga. orang sekarang aunty tengok, kejar pangkat saja. mahu jadi yang besar-besar. yang hebat-hebat. tapi tolong orang tidak. bagi orang senang tarak. bagi orang susah lagi ada.” aunty mula bersyarah. aku suka. aku suka. bila orang tua berbicara, mesti ada butir mutiara keluar dari mulutnya.

“entahla aunty. zaman sekarang. millineum-materi punya era. saya amek kos ni pun sebab saya minat. dan sebab saya minat tula saya nak sampaikan kepada orang lain, supaya orang lain minat jugak2.”  aku bercakap lagi. kaki mula kejang. lama benor berdiri. dihenjut plak ke kiri.

“bagusla kalau macam itu. kita, kalau mampu, kalau jadi hebat nanti, tolong orang. bantu orang. yang susah kita bantu. jangan harap balasan. kalau kita tolong orang even sikit, Tuhan pasti akan tolong kita. betul kan? agama u pun ada cakap kan?”

erk. zaapppp!

“aunty ni, harap satu ja. biar anak aunty berjaya jadi doktor. dapat tolong ramai orang. bantu ramai orang. sehatkan ramai orang sakit. biar Tuhan bantu dia, bantu kami sekeluarga satu hari nanti.” dalam nada keibuan. adoyai, aku tersentuhla.

“ye aunty. moga-moga. anak berjaya, ibu bapa juga yang senang hati kan? saya doakan.”

moga aunty dan keluarga menerima hidayah Allah.

destinasi aunty tu dah tiba. laa, rupanya aunty berhenti kat IOI Mall je. tak dapat sembang lama.

“aunty turun dulu.”

“take care aunty. bye” siap melambai dibalik cermin tingkap lagi. parah intan syahidah. kerja nak melambai je. hihi

-end of conversation-

Moral of the story, Lessons to learn, to ponder…

– haila, kita yang muda ni, mengalah la pada yang tua ye. biala walaupun tua sikit dari kita, bagila mereka-mereka ni duduk especially dalam bas or ktm or lrt. tunjukkanlah rasa hormat sikit. Islam kan dah ajar, jangan mendiskriminasikan warna kulit, agama ke ape ke untuk membantu orang. tengok Nabi Muhammad S.A.W, sampai ke hujung hayat Baginda, Baginda suap nasi @ makanan ke mulut seorang yahudi lelaki yang buta. dicacinya Nabi, tapi Nabi tak melatah, malah tiap-tiap hari terus datang bagi and suap makanan. tak ke indah akhlak sebegitu. ni bukan suruh suap makanan, suruh bagi tempat duduk kejap je. mudah je. hai, awak kan dah duduk lama.. haila.

– tengok, orang bukan Islam, dia punya kepercayaan terhadap Tuhan mereka punyalah menggunung. ‘kita tolong orang, Tuhan akan tolong kita.’ tapi, bagi kita Muslim yang suam-suam kuku ni, agak-agak praktik tak apa yang agama lain percaya? apa yang islam suruh. apa yang Allah suruh?. agak-agak, kalau nak sedekah kat masjid sehari RM10 dapat tak? takpun seminggu RM10?   takpun RM1? siap, time nak letak duit kat tabung masjid, boleh lak tukarkan dan gantikan dengan duit syiling 20 sen. takpela, at least menyumbang. haila, not good, not good.  Allah dah bagi jaminan, buktinya, nah dalam Al-Quran, kalau kita membelanjakan harta ke jalan Allah, -menyumbang, bersedekah, membantu fakir miskin, orang susah dan seumpamanya-, duit atau harta yang dibelanjakan tu, akan jadi bercambah macam pokok, setiap ranting, akan tumbuh 70 biji buah, setiap biji buah, tumbuh lagi. tumbuh lagi. tumbuh lagi. berganda-ganda. takkan tercapai dek akalmu pahala menolong orang dan bersedekah. itu pun tarak mau ka? tapi kenala ikhlas. [serius, ni memang nota untuk diri sendiri. sangat-sangat.]

selebihnya, kautlah sendiri dari cerita tadi ye. kisah benar yang berlaku pada seorang intan syahidah. memangla, kat mana-mana pun kalau Allah nak tunjukkan hikmah, memang akan ada hikmah yang kita nampak. even dari orang yang bukan seagamanya. baru mengembara nak ke puchong, belum ke Johor, Pahang, Terengganu…

Mengembaralah, ada butir hikmah disebalik pengembaraan.

seorang Intan Syahidah pun turun dari bas. dan berdoa dalam hati. ‘moga aunty rama diberikan hidayah oleh Allah. dirinya dan keluarganya’ amin2.. harap sangat.

__

*lagu bawah imej/gambar atas : lagu Maher Zain – Open your eyes

“kredit pic : sini

ps : serius. serius sangat. takde niat nak memerli sesape. takde niat langsung nak sentuh bab-bab ape2, cuma nak mengingatkan diri sendiri dan kalian. itu sahaja. nota buat akhirat. nota untuk semua.

silent-reminder

yang berparut luka itu hanyalah pada pandangan mata kita, 

tidak pada pandangan Allah.

kadang-kadang aku tertanya, 

Ya Allah, kenapa sakit itu kau datangkan? kenapa sakit itu kadang kala menghukum seksa.

lalu Dia menenangkan, tidak akan Aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. (ali-imran 191)

sakit itu, ada sebabnya. ada hikmahnya. 

bila sakit, berapa kali dalam sehari kau sebut nama Allah? berapa kali dalam sehari kita ratib kalimah Allah? 

Allah, sakitnya.. ringankanlah kesakitanku..

nyatalah. Allah mahu kita mengingati-Nya. mahu kita lebih dekat dengan-Nya. anggaplah sakit itu sebagai silent-reminder untuk kita yang nyatanya kau perlu mengingati Tuhanmu. dalam sakit, dalam sihat.

manusia-insan memang mudah lupa, -na-sa-ya-, kerana itulah kita perlu selalu diingatkan. diberitahu.

jadi, ucaplah kalimah syukur dalam sakitmu. dalam sihatmu. 

jadilah hamba yang bersyukur. dan hitunglah dalam berapa kali kau menyebut Tuhanmu dalam sehari, dan berapa kali pula kau lupa akan Tuhanmu yang Memberi.

__

luka di luar memang nampak. cepat sembuh, cepat hilang. luka di hati? bertahun susah nak sembuh. perlu ada mujahadah. perlu ada itqan.

*na-sa-ya : lupa

* kredit imej : sini