Hikmah kembara

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue

Suatu pagi yang indah.

sedang asyik-asyik membelek tingkap bas yang dah ditutupi titisan-titisan air hujan, sedang mata asyik memerhatikan ibu muda yang menggendong anak kecilnya dalam rintik hujan, sedang dok mendengar MP3- Maher Zain bersuara merdu, aku di sapa mak cik India. aunty Rama namanya.

“mau balek kampung ke? balik rumah?”

er.. nak jawab ke tak? takde isu pukau memukau kan? nampak baik aunty ni. tak jawab nanti, tak tunjuk teladan baik pula. kita kan Muslim.

“ye aunty…” gagap-gugup menjawabnya.

“panggil saja aunty Rama.” dia mula berbahasa. aku mula rasa selesa.

“err.. aunty dari mana?” aku pun mula bertanya. ‘aik, macam skema semacam je ayat aku ni? redah jela..’

“baru balek dari hospital. tengok anak aunty..”

haa? hospital? rasa berdosa lak syak wasangka awal-awal tadi. padahal mak cik ni sikit punya baikla dan bersopan.

“anak aunty sakit ke? sakit ape?” dah mula la, virus ramah menjelma. datanglahhhh.

“eh tarala, anak aunty praktikal doktor itu sana HKL, lama tara jumpa dia, dia pun tinggal rumah sewa, lama tara balek rumah.” Done-said like this, something like this. ‘tak reti nak tulis ayat 1Malaysia.’

“oh…” panjang Ohh aku. tutup mulut sikit… hehe

diam. aunty start bertanya. “belajar lagi? di mana?

“UIA aunty. Universiti Islam kat gombak. ni pun balek weekend je. ambil masa balek rumah. lama dah tak balek.”

lama dah kami berdiri. sorang pun tak bagi aunty ni duduk. kot la nak pelawa ke ape. hampeh. langsung takde semangat 1 Malaysia. kalau ye pon masing-masing takde semangat 1 Malaysia, kita kan manusia, berperi-keManusiaan la sikit. kesian aunty ni. dahla banyak barang. lagi satu, dahla nak ke Puchong dari KL Central ni dekat 45minit gak berdiri. aku takpela, kudrat tulang empat kerat masih boleh bertahan lagi. kesian kat aunty Rama la.

mula la aku membebel dalam hati. haila.. 

conversation diteruskan. ehem2..

“U amek kos ape?” Aunty Rama bertanya. 

aku hulur tangan, barang kat tangannya aku amek letak atas tempat letak barang bas rapid ni. ‘takpela batal wudu’.’

‘kos metik. kos medik.’ hehe nak berseloroh tak kena tempat. jadi aku sembunyikan niat nak berseloroh tu. hehe

“kos Bahasa aunty. Bahasa Arab dalam kuliyyah Sains kemanusian. saya buat history jugak.” mendatar tanpa rentak. mana taknya, time tu pakcik bas tengak ‘kona’ ke kanan. kene pegang kuat-kuatla.

“oh.. kenapa tak mahu jadi doktor?” makin rancak pertanyaan aunty ni. hehe

“sebab sudah ramai la aunty mahu jadi doktor. anak aunty saja doktor. belum lagi anak orang lain. baik saya mengundur diri dan amek kos yang tak ramai amek.” selamber je aku menjawab. aci redah je. dah rasa mesra.

aunty pun tergelak dengan jawapan aku. memanglah seorang intan syahidah. memang tak boleh bawa ke majlis. kang gelak memanjang.

“betul juga. orang sekarang aunty tengok, kejar pangkat saja. mahu jadi yang besar-besar. yang hebat-hebat. tapi tolong orang tidak. bagi orang senang tarak. bagi orang susah lagi ada.” aunty mula bersyarah. aku suka. aku suka. bila orang tua berbicara, mesti ada butir mutiara keluar dari mulutnya.

“entahla aunty. zaman sekarang. millineum-materi punya era. saya amek kos ni pun sebab saya minat. dan sebab saya minat tula saya nak sampaikan kepada orang lain, supaya orang lain minat jugak2.”  aku bercakap lagi. kaki mula kejang. lama benor berdiri. dihenjut plak ke kiri.

“bagusla kalau macam itu. kita, kalau mampu, kalau jadi hebat nanti, tolong orang. bantu orang. yang susah kita bantu. jangan harap balasan. kalau kita tolong orang even sikit, Tuhan pasti akan tolong kita. betul kan? agama u pun ada cakap kan?”

erk. zaapppp!

“aunty ni, harap satu ja. biar anak aunty berjaya jadi doktor. dapat tolong ramai orang. bantu ramai orang. sehatkan ramai orang sakit. biar Tuhan bantu dia, bantu kami sekeluarga satu hari nanti.” dalam nada keibuan. adoyai, aku tersentuhla.

“ye aunty. moga-moga. anak berjaya, ibu bapa juga yang senang hati kan? saya doakan.”

moga aunty dan keluarga menerima hidayah Allah.

destinasi aunty tu dah tiba. laa, rupanya aunty berhenti kat IOI Mall je. tak dapat sembang lama.

“aunty turun dulu.”

“take care aunty. bye” siap melambai dibalik cermin tingkap lagi. parah intan syahidah. kerja nak melambai je. hihi

-end of conversation-

Moral of the story, Lessons to learn, to ponder…

– haila, kita yang muda ni, mengalah la pada yang tua ye. biala walaupun tua sikit dari kita, bagila mereka-mereka ni duduk especially dalam bas or ktm or lrt. tunjukkanlah rasa hormat sikit. Islam kan dah ajar, jangan mendiskriminasikan warna kulit, agama ke ape ke untuk membantu orang. tengok Nabi Muhammad S.A.W, sampai ke hujung hayat Baginda, Baginda suap nasi @ makanan ke mulut seorang yahudi lelaki yang buta. dicacinya Nabi, tapi Nabi tak melatah, malah tiap-tiap hari terus datang bagi and suap makanan. tak ke indah akhlak sebegitu. ni bukan suruh suap makanan, suruh bagi tempat duduk kejap je. mudah je. hai, awak kan dah duduk lama.. haila.

– tengok, orang bukan Islam, dia punya kepercayaan terhadap Tuhan mereka punyalah menggunung. ‘kita tolong orang, Tuhan akan tolong kita.’ tapi, bagi kita Muslim yang suam-suam kuku ni, agak-agak praktik tak apa yang agama lain percaya? apa yang islam suruh. apa yang Allah suruh?. agak-agak, kalau nak sedekah kat masjid sehari RM10 dapat tak? takpun seminggu RM10?   takpun RM1? siap, time nak letak duit kat tabung masjid, boleh lak tukarkan dan gantikan dengan duit syiling 20 sen. takpela, at least menyumbang. haila, not good, not good.  Allah dah bagi jaminan, buktinya, nah dalam Al-Quran, kalau kita membelanjakan harta ke jalan Allah, -menyumbang, bersedekah, membantu fakir miskin, orang susah dan seumpamanya-, duit atau harta yang dibelanjakan tu, akan jadi bercambah macam pokok, setiap ranting, akan tumbuh 70 biji buah, setiap biji buah, tumbuh lagi. tumbuh lagi. tumbuh lagi. berganda-ganda. takkan tercapai dek akalmu pahala menolong orang dan bersedekah. itu pun tarak mau ka? tapi kenala ikhlas. [serius, ni memang nota untuk diri sendiri. sangat-sangat.]

selebihnya, kautlah sendiri dari cerita tadi ye. kisah benar yang berlaku pada seorang intan syahidah. memangla, kat mana-mana pun kalau Allah nak tunjukkan hikmah, memang akan ada hikmah yang kita nampak. even dari orang yang bukan seagamanya. baru mengembara nak ke puchong, belum ke Johor, Pahang, Terengganu…

Mengembaralah, ada butir hikmah disebalik pengembaraan.

seorang Intan Syahidah pun turun dari bas. dan berdoa dalam hati. ‘moga aunty rama diberikan hidayah oleh Allah. dirinya dan keluarganya’ amin2.. harap sangat.

__

*lagu bawah imej/gambar atas : lagu Maher Zain – Open your eyes

“kredit pic : sini

ps : serius. serius sangat. takde niat nak memerli sesape. takde niat langsung nak sentuh bab-bab ape2, cuma nak mengingatkan diri sendiri dan kalian. itu sahaja. nota buat akhirat. nota untuk semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s