takut-tak-ada-jodoh?

“kak, saya rasa tak ada siapa-siapa pun suka saya. malulah nak cakap kat akak, tapi saya takutlah. saya takut tak ada jodoh.”  

“kalau awak jaga diri baik-baik, sama ada diorang hormat, ataupun Allah sedang lindung. itu saja! :)”

*Quoted from Umairah Shafei. blog yang sangat hebat, sehebat pemiliknya. silalah berkunjung. sangat bermanfaat.🙂

memanglah. serius sangat bersyukur. ada kawan, untuk mengingatkan. ada sahabat untuk mendengar. ada teman untuk menenangkan. memanglah sungguh. seorang Intan Syahidah sangat beruntung di kelilingi sahabat-sahabat yang indah-indah belaka. dan tentunya hebat superb duperb.

kalau diikutkan, memang tak boleh nak berjalan sendiri dalam hidup to be a life-learner di kampus ni. banyak benor dugaan dan cabarannya. nak diusik dengan dugaan perasaan, dah berkali-kali beristighfar dah, ditambah dugaan belajar, berpapan-papan panadol dah ditelan selama 3-4 tahun ni. Allah, hanya Engkau yang Maha Tahu.

haila. ni penangan Hlovate la ni. haila sakan. bukannya apa, haila ni bukanlah versi merungut or merengek or mendengus, just melepaskan lelah je.

kalau bab cintan cintun, masalah hati, rumahtangga, baitul muslim, kawinmudadotcom dan bla bla bla ni, memang aku dan sahabat-sahabat dah puas buat liqa’, usrah tak rasmi membincangkan hal-hal yang memang menjadi bualan mereka-mereka yang sedang 20-an ni. bukannya apa, masalah-masalah hati yang tak pernah-akan-padam-luput ni perlu dibincangkan, dikongsi, dan jangan sekali dipendam. kelak meracun diri. serius. boleh buat dada sesak oooo…

memanglah kalau nak difikirkan, jadi wanita-perempuan-gadis-women yang agak-agak minoriti terasing-Ghuraba’ dari dunia cintan-cintun ni memanglah teramatnya mencabar. mana taknya, boleh aku dan kawan-kawan dengan tudung luar biasa-agak-labuh-dari-biasa, dengan T-Shirt Muslimah lepas lututnya, berjalan di Wangsa-Walk dengan selambernye tanpa ada apa-apa perasaan. ek? kalau diikutkan tipu tu. sesak dada oi balik compartment kat Mahallah. Mana taknya, bila kaki dah terpijak tahi lembu, baunya tetap akan ada walau dah letak clorox satu botol. betul tak tipu. try tengok.

Maksud aku kat sini, tersangatlah tipu kalau kita tak rasa apa-apa bila berada ditengah-tengah masyarakat yang budaya-adat-custom nya berbeza dengan kita-dengan apa yang kita amalkan. aku sedar, aku bukanlah stok muslimah-muslimah yang 24 jam dengan Al-Quran, bukan juga 24/7 dengan Masjid. tapi, aku life-learner yang nak mengubah ke arah itu. dan nak mencuba jadi macam sahabat2 aku yang hebat dengan studynya, dengan usrahnya, dengan kemnya, dengan trainingnya dan macam-macam lagi. jadi, bila aku yang tersangat-sangatlah biasanya ini turun ke dalam kelompok masyarakat, dan kiri kanan pasangan dok berpaut tangan, bermesra, bermanja, tak ke haru hati aku ni. rasa macam bintik-bintik hitam mula tumbuh dalam hati. kalau kat muka, boleh la kot pakai Oxy ke Biore ke ape, ni kat hati, makan bulan nak baiki biar bersih balik. silap-silap, makan tahun. haila, kalau yang foreigner berpimpin tangan tu aku takla kisah, ni bangsa sendiri, warna kulit sama tuh, siap pakai hijab lagi. dalam hati mula la rasa sebak-sesak dada, istighfar, mintak dijauhkan, dan dalam masa yang sama, Husnud zhon, ‘mereka mungkin sudah berkahwin.‘ tutup buku. bukak buku baru.

terkadang, rasa pelik dengan soalan. ‘awak, takkan takde pasangan lagi? dah 22tahun, nanti jadi anak dara tua nanti’. haila kakak-kakak, mak cik-mak cik, jodoh kan dari Allah. dari Tuhan kita. kalau jodoh tu macam buah rambutan yang boleh dipetik dan dikait dari pokok, memang komfemla esok saya dah kawen. Ini tidak, jodoh tu perlu melalui banyak proses tau. proses-memperbaiki-diri dan proses-bersedia-untuk-diperbaiki.

tapi, kira masuk dalam bab tipu la kalau aku langsung tak ada rasa takut kalau tak ada jodoh. memanglah, fitrah manusia ke arah itu. ke arah nak bekeluarga. ada siapa ke anti-keluarga? anti-kawen? kompom macam takde je. orang-orang homo yang nak buat perhimpunan-yang-tak-masuk-akal tu pun menegakkan benang mereka yang tak berapa basah yang mereka ada hak untuk bekeluarga sesama mereka. tapi, aku taknak cakap bab mereka. tutup buku.

cumanya, kalau ikutkan hati dan perasaan, memang dah jatuh hukum wajib dah. tapi, bila muhasabah balik, fikir dalam-dalam, apa pentingnya bekeluarga bagi seorang Intan Syahidah, hati jadi tenang balik. perasaan takut-tak-ada-jodoh pun dah hilang dan reda. itu gunanya kawan-teman-sahabat-kawansebantalseperiuk-kawanmenangis and so on.

jadi, satu ayat keramat yang aku pegang sampai la ni..

“jodoh memang tak akan datang bergolek. cumanya untuk mencari jodoh, pertama, cari yang baik dan soleh, ataupun jadi yang terbaik dan sesolehah mungkin. InshaAllah, Allah akan kirimkan Jodoh yang Superb Duperb terbaik buat diri.”

apa nak takut. Allah dah janji, “Perempuan yang BAIK untuk lelaki yang BAIK”.

SO, jangan takut and jangan sedih, sebab kita ada Allah. ^_^

_______

*entry kali ni yang macam bercampur aduk isu-isinya. harap dapat ambillah mana-mana yang kena dengan diri dan ada manfaat.

*serius. memang nota teruntuk buat diri sendiri. takde niat nak condemn mana2 pihak, takde niat nak sentuh isu-isu panas masa kini. harap terimaaaa-dan-bacaaaa dengan hati dan dada yang lapang. ^^

wassalam.

4 thoughts on “takut-tak-ada-jodoh?

  1. hoho🙂
    tak tau la, asyik snyum sorg2 bc entri ni^_^

    biasa la tu, umur2 cmni, byk bnda yg nk difikirkn
    yg pnting, cinta Allah dulu, then cinta manusia akn menyusuuuuul..

    bye, tulis lg eh

    *slamat hr raya (still fikir arabic cmp cuti2 ni)

  2. ngeh3 syue.
    rasa segan lak bile syue bace.
    nie memang luahan 170 percent tulus mulus ikhlas dari hati.

    same goes to you.. thanks sbb jadi telinga menadah luahan sy yang biasa ini. nanti kite cari port wat usrah kat bilik gg lagi eh..😀

    tq syue..😀

    ps : slmt hr raye gak.. huhu raye2 gak. arabic camp ttp kene jalan. hehe kite tunggu-lihat-dan usaha je. perancangan Allah mcm mane utk kita semua..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s