Weakness-pushing factor

[kelemahan + kekurangan] + tidak mencari inisiatif = PUTUS ASA x HILANG SEMANGAT

[kelemahan + kekurangan] + mencari inisiatif lain = PROBLEM SOLVED plus SEMANGAT

tak sama, tak sama. memang tak sama.

dua teori yang berbeza dan hasil yang berbeza, beza nya pada quotation yang kedua lepas kelemahan dan kekurangan.

seorang Intan Syahidah pun menggeleng sendirian. petang-petang sebegini elok diasah sikit otak yang berselirat di balik teori translation ana-anti, aku-engkau, zahaba-ila-hasola-a’la dan so on. seorang Intan Syahidah pun membaca satu buku.

Mencari Makna Hidup.

serius. buku ni walaupun dari Tanah Seberang, bila baca, zaappp!! ada je yang kena dengan diri sendiri. serius.

kalau dahulu, masa sekolah. rasanya student yang paling Optimis sekali pun akan cakap macam ni. ‘haila, susahnya nak ingat subjek ni. susah sangat la!’

nyatalah, student yang optimis tu bukan seorang yang bernama Intan Syahidah.

Intan Syahidah dulu sangatlah tidak optimis, dan selalu saja lemah semangat. itu tak boleh, ini susah. situ lemah, sini kurang. kot la nak cakap aku lebih kat sini, lebih kat sana. langsung tak pernah. hampeh je. rasa berdosa sangat. macam tak bersyukur.

dah nak hujung-hujung zaman persekolahan barulah sedar. yang kurang tu pun kelebihan sebenarnya. barulah belajar bersyukur. sebab dah mula rapat dengan Ustazah Bahasa Arab, Us Saadah, jadi ter‘tarbiyyah‘ la diri yang pesimis ni.

nak dijadikan subjek cerita bukan diri ini iaitu seorang Intan Syahidah. tetapi Quotation yang diatas tadi. tentang kelemahan dan kekurangan.

siapa kat sini yang takde kelemahan? takde kekurangan? angkat tangan?

teringat pula dalam kelas BM seminggu sebelum Mid-break. Cikgu tanya, apa kelemahan dan kelebihan kamu? dalam otak memang dah ligat, list kan segala kelemahan yang ada. kelemahan kalau dinisbahkan dalam diri dengan kelebihan yang ada, kot lah boleh menyamai 10 : 1. teruk-teruk-teruk. takpe la. at least, sedar diri.

tapi,  point kat sini, penting nya sedar diri atas kelemahan diri. itu yang paling-paling terpenting untuk menghasilkan solusi yang baik. kalau tak sedar diri, kot la nanti jadi overdose-overreact. parah tu. bahayaaaa.

ek? Naudzubillah. erm..

kenal tak Beethoven?

pencipta muzik yang luar biasa macam lagu-lagu symphony, Fur Elise, Piano Sonata, dan banyak lagi, selebihnya, boleh tanye kat pak cik Google ye.

haaaaa, dah kenal kan muziknya. sedaaaap sangat. dari sekolah dah ter’addicted‘ dengan lagu-lagu Beethoven. tapi tak la sampai bawak ke tidur. hihi.

nak sampai kan kat sini, tau tak sebenarnya Beethoven tu seorang yang hilang deria pendengarannya semenjak usia 20-an lagi?

dan tahu tak, Beethoven tetap sibuk menulis lirik dan muzik yang luar biasa tu in spite of dia dah tak boleh mendengar masa tu. tapi, nak tahu tak dia boleh cakap ape??

“Saya akan bertarung dengan nasib. kecacatan ini tidak akan melemahkan saya” [translated]

Allahu Akbar. saya kat sini, bertakbir bukan mengagumi agama yang dianutinya. tidak sekali. tetapi, saya mengagumi prinsip dan semangatnya. bagaimana, seorang yang mempunyai kekurangan terbesar dalam dirinya, boleh meneruskan hidup dan berjaya dalam kariernya sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir. mesti ada sesuatu yang dilakukannya. mesti ada sudut pandang yang lain diguna pakai.

Intan Syahidah dah mula guna ayat skema.. hihi tapi serius, memang kagum.

 Subhanallah.

ingat tak kisah seorang Sahabat zaman Nabi,  Abdullah bin Ummi Maktum, atau nama sebenar Abdullah bin Umar bin Syuraikh, Beliau ni semenjak lahir, sudah buta. tak dapat melihat. tapi, punyalah semangat yang sangat-sangat menggunung untuk mempelajari Islam, walaupun diejek, dihina, dipukul di Mekah, beliau tetap tak putus asa mempelajari Islam, tak putus asa datang ke Majlis Nabi, sehinggakan, beliau antara kelompok pertama yang berhijrah ke Madinah. Subhanallah.

Siapa kata orang yang buta, dan cacat penglihatan tidak boleh mempelajari agama, tidak boleh menerima ilmu? dan siapa kata orang yang tidak boleh mendengar, tidak boleh menghasilkan muzik-muzik yang indah dan luar biasa?

sebenarnya, apa yang seorang Intan Syahidah faham, sepanjang 20 tahun hidup di dunia ini, apa yang menentukan kesudahan hidup kita, dan solusi buat masalah dan kelemahan kita adalah sudut pandang kita sendiri. sudut pandang individu sendiri. macam mana kita melihat kelemahan itu sebagai satu potensi atau daya penolak untuk kita lebih berusaha dan memperbaiki diri,

kalau ini ayat tak skema,

apa yang kita lihat pada diri kita sendiri, adalah seorang individu yang lemah untuk bertutur-menulis-dan-memahami Bahasa asing, contoh Inggeris. ini dianggap kekurangan minima. sebab kita masih punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk menulis. jadi jangan jadikan alasan tidak tahu itu alasan yang final-penghabisan. itu namanya menzalimi diri sendiri.

kot ye pun tak pandai bahasa inggeris, banyak medium untuk belajar, internet-suratkhabar-majalah-buku-reader’sdigest- dan macam-macam lagi boleh membantu. kot ye pon kurang confident nak bercakap depan orang ramai, buat preparation awal-awal, berlatih selalu depan cermin,  mintak comment dari kengkawan, inshaAllah, ruh-confident tu akan hadir. InshaAllah. banyak lagi kelemahan yang boleh diatasi jika ada U-S-A-H-A.

Ek? main ruh lak aku nih? masak-masak.

jadi, kesimpulannya kat sini,

kejayaan sebenarnya tidak diukur dari sudut kekayaan, populariti dan kedudukan seseorang, tetapi bergantung kepada cara berfikir yang rasional terhadap kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan mencari potensi lain.

kot la bahasa skema, okeyla, bahasa mudah,

macam belon, dapat tak belon tu terbang hanya kerana warna yang cantik dan bentuk yang unik? of course la tidak, kalau tak ditiup, mana nak terbangnya.

jadi, belon terbang sebab isi udaranya,

manusia berjaya sebab usahanya.

dah terlalu panjang dah ni. stop dulu keyh. chioooww.

assalamualaikum. ^_- Allahu a’lam.

___

* seorang intan syahidah hanyalah bercakap berdasarkan pengalaman. memang saya tak hebat, banyak kekurangan sana sini. jadi, mana yang baik dari entry ini sila ambil, dan mana yang salah-buruk, sila buang dan betulkan. saya sedia berlapang dada menerimanya. kata nak optimis kan? ^-^
* kisah tentang Beethoven boleh baca dalam buku ni, ‘You Can Be a World Changer’, dan kisah Sahabat Nabi tadi boleh rujuk dalam 65 gambaran kehidupan Sahabat.
* “Saya melakukan yang terbaik sepanjang pengetahuan saya, yang terbaik, yang terdaya saya lakukan dan saya mahu melakukannya begitu hingga tamat.” [Abraham Lincoln]
* Mencari Makna Hidup by Parlindungan Marpaung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s