07:14

DSC03448

adakalanya,

kita perlu sekadar memerhati,

untuk mengoreksi diri…

*anak yang dibiarkan berjalan seorang adakalanya mindanya lebih terbuka dari anak-anak yang terkurung sentiasa.

*saya yang sedang memerhatikan anak ini berjalan seorang diri menghentikan niat untuk mengembalikannya kepada ibunya. tanpa sepatu kaki, anak ini berjalan memerhatikan kelibat manusia-manusia ‘besar’ disekitarnya. dia melihat seorang ikhwah mengutip sampah, dan subhanallah, dia juga melakukan perkara yang sama, mengutip sampah ‘kecil’ lalu dibuangkan ke dalam tong sampah.

*PERSEKITARAN yang baik adalah LANGKAH yang TERBAIK untuk memberikan PENGAJARAN yang terbaik untuk anak-anak suci sepertinya. ^^

*ibunya akhowat dari Indonesia, datang menghampiri saya, “terima kasih ya perhatiin anak saya!”

*sama-sama ^^ (moga Allah menjadikan anakmu soleh dan dengan anakmu agama kita Islam tertegak dimuka bumi. amin2..)

berjalanlah memerhati persekitaran, memerhati kejadian ciptaan Tuhan, hakikatnya ia memberi seribu hikmah berbanding keburukan.

terpulang dari sudut mana kita memerhatikannya,

terpulang bagaimana kita mengoreksinya…

(learning)

__

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka.”
(Ali-Imran:190-191)

Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada”
(Al-Hajj:46)

Advertisements

08:13

 

tiada manusia yang sempurna kan?

jatuh bangun iman itu biasa. normal.

dosa, iringilah dengan taubat dan kebaikan. jangan lari dari dosa dan kesilapan. tetapi hadapilah ia dengan taubat yang sebenar-benar taubat, dan iringilah dengan kebaikan, semampu boleh.

kita tidak akan pernah mampu sentiasa dalam kebaikan, kerana kita manusia sering melakukan kesilapan. tapi kita boleh cuba sedaya mungkin kan..?

“mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, pasti tiada siapa yang sudi mendekati kita.” -ustaz Pahrol Mohd Juoi

Subhanallah, Allah itu benar-benar mengasihi hamba-Nya kerana tidak membukakan aib hamba-Nya yang melakukan dosa. kalaulah dosa itu kelihatan, nampak seperti lalat-lalat yang menghurung sampah sarap, nescaya aib manusia terbuka, apabila banyak melakukan dosa. bersyukurlah, kita punya peluang membersihkan dosa. taubat.

hati tidak pernah akan menipu apabila berhadapan dengan dosa, kerana fitrah manusia itu sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. tanyalah hatimu apabila mahu melakukan kejahatan, resahkah ia? tenangkah ia?

apabila Rasulullah s.a.w ditanyakan berkenaan apa itu dosa, dengan tenang Baginda menjawab,

“Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”

resah, gelisah, itu semua sahabat dosa. hati tidak akan pernah tenang apabila melakukan kejahatan.

sememangnya mujahadah melawan nafsu itu sulit, perit, dan memerlukan pengorbanan yang tak ternilai. ingatlah, kita sedang diperhatikan-Nya, insyaAllah, kita akan mengelak melakukan dosa, dan  sentiasa melakukan kebaikan. [ihsan]

“engkau menyembah Allah seakan-akan Engkau melihatNya. jika engkau tidak dapat melihatNya, yakinlah Dia melihatmu.” (hr imam muslim)
 ___
*sekian, tazkirah pagi. 🙂

 

semaksima mungkin!

 

 

alhamdulillah…

3 minggu pertama semester kedua telah berakhir. 3 program berturut-turut setiap minggu, ‘meeting’ yang hampir setiap malam, kerja-kerja program yang menyingkatkan masa tidur, semuanya telah berakhir, untuk setakat ni la.. hehe 🙂

penat! tapi Puas!

yela, kita bertungkus lumus melakukan sesuatu, dan hasilnya adalah suatu kepuasan yang tak ternilai.

adik-adik junior menggelar kami, “all out senior”.

yela, ape-ape program, alhamdulillah, semuanya dilakukan dengan tenaga semaksima mungkin, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak pula tujuan niat meninggi diri, tapi untuk kepuasan dalam memberi. memberi semaksima mungkin.

orang kata, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”

maksudnya yang saya faham kat sini, pekasam yang sinonim dengan baunya yang ‘agak harum’ itu, kalau kita dah dah pegang, atau sentuh pekasam itu dengan hujung jari, biarlah sampai kita menyeluknya ke pangkal lengan! bau sedikit dihujung jari, biar baunya melekat ke pangkal lengan! begitulah.. faham ke tak ye? hehe

maksud saya, alang-alang kita memberi sesuatu, biarlah sehabis dan semaksima mungkin yang kita boleh berikan, biarlah penat sementara, asalkan merasa puas, asalkan dalam banyak-banyak tenaga yang dikorbankan, ada yang dinilai Allah. moga diterima Allah.

herm.. kepimpinan Persatuan Bahasa Arab dah bertukar pemilik posisi, saya bukan lagi general secretary, tidak pula exco. dalam hati, ada nada sedih, tapi alhamdulillah, lega, amanah setahun yang berat dipikul itu telah berjaya disempurnakan walaupun banyak cacat cela here and there.

melihat kelibat adik-adik, sungguh semangat mahu meneruskan kepimpinan, berkhidmat pada mereka yang mencintai Bahasa Al-Quran, Bahasa Arab. tugas kita adalah untuk memberi sebanyak-banyak mungkin, berkhidmat semaksima mungkin. apa yang kita lakukan, bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk orang lain, untuk Umat!

semangat-demi-semangat dititipkan dari kakak-kakak senior kepada adik-adik yang bakal memimpin organisasi yang minoriti di bumi Gombak. tidak mengapa, kuantiti tidak penting, apa yang penting kualiti dan kerjasama! hehe 🙂

“jangan risau, akak-akak sentiasa ada dibelakang adik-adik, menyokong dan membantu apa yang perlu. kalau perlu mesej pukul 12 tengah malam sekalipun, insyaAllah akak akan membalasnya!” semangat seorang yang bernama intan syahidah. 😀

apa yang kita beri, akan kita perolehi kembali. apa yang kita korbankan, akan dinilai Allah dan digantikan dengan sebaik-baik gantian. jangan lokek dalam memberi, memberilah seikhlas hati, semaksima mungkin!

jangan merasa terbeban dengan amanah, sebaliknya gembiralah kerana masih ada peluang untuk menyumbang bakti pada umat! 🙂

Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

__

mesti bosan kan dengan entry nie? tapi takpela, nak tulis jugak. hehe.. insya Allah lepas ni akan lebih aktif menulis lagi. insyaAllah.

menulis untuk memberi. ^^

 

 

i promise…

Dia yang memandang dengan bening matanya

meninggalkan anak dan isteri jauh di kedalaman curam

“saya perlu menyelamatkan mereka.. mereka memerlukan bantuan saya..”

berbekalkan itu dia nekad meninggalkan mereka

tidak perlu berkata apa-apa

hanya yang perlu adalah yakin

“i promise, i’ll be back…”

____

*Filem etnik red-indian european ‘Apocalypto”

*History of United states

S.I.B.U.K itu N.I.K.M.A.T

S.I.B.U.K itu nikmat kan?

kerana waktu sibuk adalah waktu yang paling rapat dengan Allah. tak percaya?

“Ya Allah, penatnya.. berikan aku kekuatan…”

“Ya Allah, sibuknya.. banyaknya kerja, permudahkanlah urusanku…”

“Ya Allah, waktu dan masa adalah makhluk-Mu jua, maka, berikanlah aku masa melaksanakan amanah secukupnya…”

haa.. tak ke lebih rapat dengan Allah kan? ^^

tapi, setiap langkah dalam menyempurnakan tugas dan amanah perlulah disertai dengan niat yang ikhlas lagi bersih dari segala tuntutan dunia…

maksudnya, macam yang Baginda s.a.w pesan dalam hadithnya,

Daripada Umar R.A katanya,Rasulullah S.A.W tlh brsabda:

“Sesungguhnya sesuatu perkara itu bergantung kepada niat, dan bagi seseorang itu apa yang diniatknnya. Jika hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Jika hijrahnya adalah kerana duniawi, atau kerana wanita yg ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah brdasarkn ape yg diniatknnya dan hanya sekadar itu.”

dalam bahasa ringkasnya, kita boleh faham, kalau kita buat sesuatu tanpa di ‘link’ kan kerana Allah, dan untuk mencari keredhaan Allah, maka, apa yang kita lakukan akan menjadi sia-sia, dan kita akan dapat dunia sahaja, akhirat nanti rugi.

naudzubillah.

jadi, apa salahnya, kalau kita sibuk dengan tugasan belajar, kita niatkan, “aku belajar ini hanyalah semata-mata kerana-Mu Ya Allah, untuk mencari keredhaan-Mu dan untuk menolong agama-Mu…”

ringkas je kan?

insyaAllah dapat pahala, dan kerja belajar kita tak menjadi sia-sia.

begitu juga dengan kerja, niatkan kerana Allah, “aku bekerja ini, berpenat lelah mencari rezeki, hanyalah kerana-Mu, kerana mencari keredhaan-Mu, kerana menyempurnakan tanggungjawabku demi menjaga tanggunganku dan mempermudahkan urusan dunia demi menuju akhirat-Mu…”

jadi, walaupun kerja itu penat, tapi ada ‘value’ orang kata, kerja kita dipandang Allah, peluh dan keringat kita dikira Allah. pahala tau. ^^

macam tu juga dengan kerja persatuan, mesyuarat, program dan sebagainya.

 sememangnya menjadi seorang pelajar itu masanya terhad kalau digunakan sebaiknya. kan best, waktu buku amalan kita disemak Allah kelak, semuanya baik-baik sahaja, perkara lagho kurang, perkara kebaikan lebih banyak.. subhanallah.. moga-moga kan?

“tanggungjawab itu lebih banyak dari masa” – As-Syahid Hasan Al-Banna

jadi, jika kita terasa banyak sangat masa yang terluang, banyak sangat masa yang memberi peluang pada kita untuk melakukan perkara yang sia-sia, maka kita ‘check’ balik tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu. list kan balik supaya tiada yang tertinggal, tiada yang terabai.

jadi kesimpulannya,

sibuk itu indah, kerana kita mula merapat dengan Allah.

moga di setiap kesibukan ada buah amal kebaikan yang diterima Allah. insya Allah.. ^^

selamat sibuk!

wassalamualaikum… 🙂

syukur dan senyum ^^

“lain syakartum, laazidannakum..”

Kalau kamu bersyukur, aku akan tambahkan lagi.

Itu janji Allah. Kalau kita bersabar dan bersyukur, pasti Allah akan beri ganti, atau tambahkan lagi. Kerana itu, kita jangan mudah berputus asa, jangan mudah mengalah, jangan mudah mengeluh, jangan mudah berhenti dari sesuatu, sebaliknya kita perlu pertingkatkan kesabaran, perkukuhkan rasa kesyukuran kita kepada Allah.

Mungkin Allah ambil sesuatu dari kita kerana Dia tahu kita mampu untuk hadapinya. Mungkin juga kerana Allah mahu memberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diambil dari kita. Mungkin juga kerana tahap kesyukuran kita dan rintihan kita kepada Allah tidak cukup hebat, tidak cukup menggetarkan hati, lalu didatangkan ujian akan kehilangan sesuatu untuk mengajak kita mendekati-Nya.

Seolah-olah Dia membisikkan, “jangan bersedih, datanglah kepada-Ku, Aku pasti mendengarmu, Aku merindui rintihanmu.”

Allah, tahulah kita bahawa  kita sudah lama tidak berbasah kelopak mata, sudah lama tidak kebas sujud lama, sudah lama tidak bergetar jiwa dan raga, dek kerana kerasnya hati, terpesona dengan limpahan kurnia.

Diuji bukan tanda tidak sayang, diuji bukan tanda tidak dipandang, tetapi diuji tanda Allah masih memberi peluang bahawa Allah itu dekat, dekat sekali, jika kita merapati-Nya.

Jangan bersedih atas kehilangan, bersabarlah, Allah pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang baru, bukan, Allah pasti akan memberimu sesuatu yang LEBIH BAIK.

Senyum ^^

Wassalamualaikum.