semaksima mungkin!

 

 

alhamdulillah…

3 minggu pertama semester kedua telah berakhir. 3 program berturut-turut setiap minggu, ‘meeting’ yang hampir setiap malam, kerja-kerja program yang menyingkatkan masa tidur, semuanya telah berakhir, untuk setakat ni la.. hehe🙂

penat! tapi Puas!

yela, kita bertungkus lumus melakukan sesuatu, dan hasilnya adalah suatu kepuasan yang tak ternilai.

adik-adik junior menggelar kami, “all out senior”.

yela, ape-ape program, alhamdulillah, semuanya dilakukan dengan tenaga semaksima mungkin, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak pula tujuan niat meninggi diri, tapi untuk kepuasan dalam memberi. memberi semaksima mungkin.

orang kata, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”

maksudnya yang saya faham kat sini, pekasam yang sinonim dengan baunya yang ‘agak harum’ itu, kalau kita dah dah pegang, atau sentuh pekasam itu dengan hujung jari, biarlah sampai kita menyeluknya ke pangkal lengan! bau sedikit dihujung jari, biar baunya melekat ke pangkal lengan! begitulah.. faham ke tak ye? hehe

maksud saya, alang-alang kita memberi sesuatu, biarlah sehabis dan semaksima mungkin yang kita boleh berikan, biarlah penat sementara, asalkan merasa puas, asalkan dalam banyak-banyak tenaga yang dikorbankan, ada yang dinilai Allah. moga diterima Allah.

herm.. kepimpinan Persatuan Bahasa Arab dah bertukar pemilik posisi, saya bukan lagi general secretary, tidak pula exco. dalam hati, ada nada sedih, tapi alhamdulillah, lega, amanah setahun yang berat dipikul itu telah berjaya disempurnakan walaupun banyak cacat cela here and there.

melihat kelibat adik-adik, sungguh semangat mahu meneruskan kepimpinan, berkhidmat pada mereka yang mencintai Bahasa Al-Quran, Bahasa Arab. tugas kita adalah untuk memberi sebanyak-banyak mungkin, berkhidmat semaksima mungkin. apa yang kita lakukan, bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk orang lain, untuk Umat!

semangat-demi-semangat dititipkan dari kakak-kakak senior kepada adik-adik yang bakal memimpin organisasi yang minoriti di bumi Gombak. tidak mengapa, kuantiti tidak penting, apa yang penting kualiti dan kerjasama! hehe🙂

“jangan risau, akak-akak sentiasa ada dibelakang adik-adik, menyokong dan membantu apa yang perlu. kalau perlu mesej pukul 12 tengah malam sekalipun, insyaAllah akak akan membalasnya!” semangat seorang yang bernama intan syahidah.😀

apa yang kita beri, akan kita perolehi kembali. apa yang kita korbankan, akan dinilai Allah dan digantikan dengan sebaik-baik gantian. jangan lokek dalam memberi, memberilah seikhlas hati, semaksima mungkin!

jangan merasa terbeban dengan amanah, sebaliknya gembiralah kerana masih ada peluang untuk menyumbang bakti pada umat!🙂

Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

__

mesti bosan kan dengan entry nie? tapi takpela, nak tulis jugak. hehe.. insya Allah lepas ni akan lebih aktif menulis lagi. insyaAllah.

menulis untuk memberi. ^^

 

 

2 thoughts on “semaksima mungkin!

    • umyyyyy!!

      nak kene ni, kat sini pun jadi ye nak buli kiteee.. hihihi😛

      umy pun S/U yang mantoopp!

      p/s : untung jugak pernah bekerja dengan partner s/u yang ayuuuu… lalalala~😛
      gmbar2 umy ade kat kite.. nak copy? hehe😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s