nak tolong atau tidak?

jangan duduk seorang diri 😛

Selalu manusia bersikap skeptip, pesimis memanjang, sampai tak de ruang menolong orang. kita terkadang, lebih memandang keburukan dari kebaikan kan? termasuk lah saya.

bukannya apa, dalam keadaan zaman sekarang, kejahatan boleh berlaku di mana-mana. ada yang minta ditunjukkan jalan, tetapi akhirnya dirompak. ada yang bertanya arah, tapi sebenarnya nak mengambil kesempatan dan menyamun. ada yang tanya itu, tanya ini, padahal nak ambil peluang jual ‘dadah’ dan nak jadikan kita ‘keldai dadah’ dan macam-macam lagi.

takut tu mesti ada kan? sebab macam-macam kes dah berlaku. jadi macam mana? nak berbuat baik, takut dibalas buruk. patutkah kita menunjuk jalan kepada orang yang tidak dikenali dan anggap tiada perkara buruk yang akan berlaku?

baru-baru ni, sampai satu pesanan ringkas yang sumbernya dari Polis Bukit Aman. Polis tersebut menasihati khususnya wanita, jikalau ada terjumpa seorang kanak-kanak menangis dan minta tunjukkan jalan ke alamat tempat tinggalnya, dan meminta dibawa ke tempat tersebut, tolong sangat dibawa kanak-kanak tersebut terus ke balai polis, kerana jika sekali anda ke tempat alamat yang diberikan kanak-kanak itu, anda telah masuk perangkap satu sindiket yang mahu merompak, menculik dan merogol wanita.

Allahu akbar.

Nabi kita ajar melalui hadithnya, bahawa suatu kebajikan jika kita menolong orang dan menunjukkan jalan yang dikehendakinya. tetapi, perlulah ada batas-batas demi menjaga keselamatan dan maruah diri. kan?

pertama, elakkan membantu menunjukkan jalan jika kita seorang diri. sebab, takut kalau ada apa-apa terjadi, kita tak dapat nak pertahankan diri. kan3?

kedua, pastikan, kalau kita berjalan keluar seorang diri, bawa barang-barang untuk mempertahankan diri, gunting ke, pisau ke, kasut ke, apa-apa lah, yang penting kita yakin selamat. nak senang, bawak penyembur nyamuk ridset tu.. hehe selamat.. 😀

ketiga, sebelum kita nak membantu seseorang, tengok dahulu keadaan diri orang yang meminta pertolongan. tak pun, kalau kita tak yakin dengan ‘si dia’ yang meminta pertolongan, terus je panggil guard atau pergi ke kaunter yang berdekatan. dan jangan sesekali berjalan di tempat yang sunyi dan tak de orang ye.

dan banyak lagi langkah-langkah keselamatan yang boleh kita lakukan. 😉

untuk penghujung dan penutup entry ni, saya nak sajikan dengan satu kisah yang berkaitan dengan membantu orang menunjukkan jalan. harap, punya iktibar, dan tauladan buat kita semua.

***

Ihsan was playing hide and seek with his friends. When it was time to hide he found a good hiding a chesnut tree near the street. It would be hard to find him there!

Just then, an old man with a white beard came up to him. the man was a stranger.

“Son, I need directions, can you help me?” the old man said.

Ihsan turned round and put his finger to his lips,  signalling the old man that he should be quite. The man did not understand why he needed to be quiet, and looked at Ihsan in surprise. He asked :

“Why do you want me to be quite? I asked you a question.  If you know the answer, just tell me. If you don’t, then just shake your head. I cannot understand the kids in town. They are so strange.” the old man grumbled.

When the person who was “it” saw the old man talking to someone behind the tree he realized that someone must be hiding there. He approached silently.

The old man – who was growing impatient – said :

“Obviously, no one has taught these children the following hadith, :

“it is charity to give directions to someone who is searching for a place.” [Narrated by At-Tarmidzi]

He turned away and walked off. Ihsan felt ashamed of what he had done. He forgot about he fame he was playing. He ran after the man and asked for his forgiveness. Then he took him to the place he was looking for.

***

kisah ini dipetik, dari sebuah buku, “40 Hadiths for children with stories by Prof Dr. M. Yasar Kandemir.”

nak tolong atau tidak, terpulang pada diri kan?
sesungguhnya Allah sebaik-baik pelindung dan tempat berserah..
^_^

Ibrah disebalik kisah I

“Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, akau tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.

sangat menarik untuk dikongsikan bersama, satu olahan seorang pemikir Islam Ustaz Abdullah Zaik tentang huraian tafsir al Kashaf Jilid1, muka surat 606 mengenai kisah Qabil dan Habil.

kiranya, pemikiran saya yang dahulu cetek, dan terlalu tidak optimis dalam menganalisis ibrah dari kisah terdahulu. dahulu, tanpa saya timbang postitif dan negatifnya saya mula ‘menghukum’ bahawa Qabil ini seorang yang punya ciri mazmumah, sehinggakan dia sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri atas satu sifat ‘Dengki’.

rupanya tidak, bukan kerana dengki yang buruk itu sahaja, tetapi dengkinya ada nada ‘baik’ juga.

mari kita renungkan bersama naskah titipan ustaz mengenai kisah ini..

Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam al Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.

Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.

Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.

Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban  yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t. Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Habil dengki kepada Qabil dan membunuhnya.

Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.

Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki  melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.

Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.

Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.

Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, “Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, akau tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.

Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya… yang betul ialah bersihkan hari daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.

original entry

Subhanallah, dalam kisah terdapat Ibrah yang boleh diambil dan diguna pakai dalam kehidupan kita sekarang. di mana, sikap dengki, hasad dan cemburu itu memang tidak dapat dipisahkan buat insan yang bergelar manusia. manusia dijadikan dengan pelbagai keistimewaan, punya mulut yang boleh bertutur, punya akal yang boleh berfikir, punya lidah yang boleh merasa, punya kaki yang boleh berjalan, hakikatnya penciptaan manusia amatlah sempurna dan diangkat tinggi darjatnya daripada sekalian makhluk ciptaan Allah.

tetapi, kekadang, kenikmatan dan kelebihan ini, kita telah salah gunakannya demi memenuhi tuntutan nafsu. akal yang diberikan untuk berfikir dan membezakan antara perkara buruk dan baik, telah digunakan untuk mencipta jalan bagi menindas kelemahan dan kekurangan yang lain. hati yang diberi untuk saling memahami dan menghayati setiap satu anugerah tuhan, telah diisi dan disemai dengan penyakit hati seperti hasad dan dengki yang telah membuatkan fitrah hati yang suci itu semakin lama semakin kotor.

hakikatnya, kita hamba yang lemah yang tidak lari dari kesilapan. tetapi, Allah telah menjanjikan keterbukaan pintu taubatnya yang tidak akan tertutup selagi Hari yang dijanji belum tiba.

Subhanallah,

moga kita tergolong dalam orang-orang yang Pergi dalam Husnul Khotimah, dan orang-orang yang dilindungi dari penyakit hati seperti Hasad dan dengki.

amin!

Nilai Hidup

assalamualaikum wbt..

sahabat-sahabat pembaca sekalian. 🙂

saya kurang sempat nak meng‘update’ blog dengan cerita-cerita sensasi yang terbaru ataupun nota-nota kehidupan sebab, minggu ni, agak sibuk. banyak tugasan yang perlu disempurnakan. tapi, saya tetap takkan lupa blog nie dan pembaca-pembacanya… erm, ade ke ye? huu

jadi, saya akan copas (Copy & Paste) mana-mana artikel yang menarik untuk kita baca bersama ok? setuju erk? hee 😉

:: Copas dari Nilai hidup menurut Islam oleh Mujahid Fathi Yakan.. ::

sesungguhnya, di dunia ini terdapat tiga kategori Manusia…

Kategori Pertama

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata.Mereka    dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikapmereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalahkehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.
– Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lainhanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak adayang membinasakan kita selain masa. Dan mereka  sekali-kali tidakmempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-dugasahaja.”- Al Jatsiyah: ayat 24

Kategori Kedua

Golongan yang telah hilang pedoman, terumbangambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpangdari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangkamereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada AllahSWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-matayang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Merekaitu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkalamereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga

Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagailadang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak.Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikathidup serta memahami nilai dunia  berbanding dengan Hari Akhirah.Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripadabermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhiratitu lebih baik bagi      orang-orang yang bertaqwa.Maka tidaklah kamu memahaminya.”
– Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap duniasebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya.Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran)diarahkan kepada Jalan Allah SWT.

Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarahmenurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapakewajipan, iaitu:

1.    Mengetahui matlamat hidup. Sebagaimana Firman Allah SWT:

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusiamelainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat:ayat 56

2.   Mamahami nilai dunia berbandingdengan nilai akhirat.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnyaapabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalanAllah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamuberpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalahsedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38

3.  Mengetahui hakikat kematian dan mengambilpengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimanaFirman Allah SWT:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”– Surah Ali ‘Imran: ayat 185

4.  Mengetahui benar-benar akan hakikat Dinal-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.

5.   Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Disamping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahamiJahiliyyah  barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalamjaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum,ia terselamat dari tipu daya mereka.”

:::

itu sahaja daripada segmen COPAS kite pada kali ini. 😉 diharap kita sama-sama dapat memuhasabah diri di kategori manusia manakah kita berada…

renung-renungkanlah dan selamat berpuasa! 🙂

Salam 7 Ramadhan…