Bimbang bersulam yakin

Takut.

bimbang.

risau.

itu Mughirah bin Syu’bah. Baginda saw berkata kepada beliau, beliau tidak perlu risau, tidak perlu bimbang meskipun Dajjal menghampirinya.

kerana tahap keimanannya, pengaruh Dajjal tidak akan memberi kesan kepadanya.

tahap keimanan..

itu Mughirah, seorang sahabat Nabi saw yang sering bertanya mengenai Dajjal, itu dan ini, kerana dia terlalu bimbangkan apa yang akan berlaku kepada dirinya jika dia menghadapi Dajjal.

Dari hadis sahih riwayat Imam Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.”

“Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.”

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.”

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.”

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

kisah Dajjal, perihal Dajjal, Baginda begitu serius memberitahu kepada Sahabat-sahabat R.A, dari duduk, baginda bangun berdiri. dari diam memegang tongkat, Nabi mengetuk-ngetuk tongkatnya ke permukaan lantai. Baginda begitu bersungguh memperingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal. fitnah terbesar dunia. fitnah yang mempertembungkan agenda luaran dan dalaman, pelbagai ideologi, pemikiran, dan pertembungan pendapat yang akhirnya akan memisahkan agama dengan cara kehidupan manusia.

masalah yang paling besar adalah,

manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan batil, kebenaran dan kejahilan. naudzubillah.

suatu ketika, di Zaman para Tabi’ tabiin, seorang pemuda bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan al-masih ad-Dajjal, beliau mengatakan, jika beliau berjumpa dengan Dajjal, akan beliau balingkan batu-batu kepada Dajjal sebagaimana yang diperkatakan Baginda saw; jika Dajjal muncul pada zaman Baginda, kanak-kanak kecil sendiri yang akan membaling batu-batu bagi menentang Dajjal.

tapi tidak,

Ibnu Masu’d menjawab ungkapan pemuda itu, ‘tidak, jika Dajjal muncul di hadapanmu, aku takut engkau akan merangkak mahu melihatnya, kerana kepantasannya berlari seperti angin..’ [hadith yang saya rekodkan dari Ustaz dalam kuliahnya]

itu yang saya takutkan, sangat-sangat bimbang,

sekarang, mungkin saya sangat teguh mengatakan, saya tidak akan sesekali terpengaruh dan terjebak dalam fitnah Dajjal, esok lusa, siapa kan tahu bagaimana tahap keimanan masing-masing. naudzubillah..

teknologi sekarang sudah pantas, sepantas angin yang bertiup mungkin,

kalau dahulu, jemaah Haji mahu menunaikan ibadah ke Tanah Suci, bertolak melalui perairan laut, dengan kapal. tempohnya hampir 40 hari perjalanan pergi sahaja,

tapi kini, tidak sampai sehari, hanya beberapa jam sahaja kita bisa menjejakkan kaki ke mana-mana sahaja.

kalau dahulu, berhari-hari menunggu si burung putih mengirim surat, mahu berbulan keluarga menanti berita dari yang jauh,

tapi kini, hanya di hujung jari, petik sahaja! second less.

semuanya sepantas angin kini,

yang baik dipermudahkan, menjadi mudah,

tetapi, yang buruk juga turut menjadi perkara yang sangat mudah untuk dijangkiti.

itu yang saya bimbangkan,

Dajjal di hujung jari..

bimbang.

tetapi jawapannya hanya satu,

perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan,

meski bukan setaraf sahabat-sahabat R.A, namun kita masih belum terlambat kan?

MATA.

mata kita bukan hanya ada dua, tetapi tiga. jika tertutup atau rosak yang ketiga ini, maka rosaklah jasad keseluruhannya. Mata Hati.

Ustaz Syaa’ri dalam kuliahnya menekankan tentang pentingnya pandangan mata hati, sebagaimana kisah Nabi Musa dan Khidir A.S, dalam perjalanan mereka dalam mencari makna sebenar sebuah ilmu. yang membezakan manusia adalah pandangan mereka. hanya yang menggunakan pandangan Mata hati bersama-sama mata kasar yang akan terselamat dari Fitnah ini.

memandang sesuatu dengan mata hati, belajar dengan mata hati, menilai dan mengkritik dengan mata hati, membuat sesuatu dengan mata hati, membuat keputusan dengan mata hati, kesemuanya dengan mata hati. maka, dengan izin Allah, kita akan terlindung dari Fitnah!

 

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal” (HR Muslim)

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك

الدجال لم يسلط عليه ، – أو قال : لم يضره

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumat, maka Dajjal tidak bisa menguasainya atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)


مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

“Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR Abu Dawud)

Allah, selamatkanlah kami, kuatkanlah keimanan, bantulah kami dalam segenap kelemahan yang kami miliki, bantulah kami dalam setiap kelebihan yang kami pinjami, tempatkanlah kami bersama-sama orang yang mempertinggikan kalimah Mu. La Ila Ha Illallah. Muhammadur Rasulullah. amin3.

Takut.

bimbang.

risau.

itu Mughirah bin Syu’bah. Baginda saw berkata kepada beliau, beliau tidak perlu risau, tidak perlu bimbang meskipun Dajjal menghampirinya.

kerana tahap keimanannya, pengaruh Dajjal tidak akan memberi kesan kepadanya.

tahap keimanan..

itu Mughirah, seorang sahabat Nabi saw yang sering bertanya mengenai Dajjal, itu dan ini, kerana dia terlalu bimbangkan apa yang akan berlaku kepada dirinya jika dia menghadapi Dajjal.

kisah Dajjal, perihal Dajjal, Baginda begitu serius memberitahu kepada Sahabat-sahabat R.A, dari duduk, baginda bangun berdiri. dari diam memegang tongkat, Nabi mengetuk-ngetuk tongkatnya ke permukaan lantai. Baginda begitu bersungguh memperingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal. fitnah terbesar dunia. fitnah yang mempertembungkan agenda luaran dan dalaman, pelbagai ideologi, pemikiran, dan pertembungan pendapat yang akhirnya akan memisahkan agama dengan cara kehidupan manusia.

masalah yang paling besar adalah,

manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan batil, kebenaran dan kejahilan. naudzubillah.

suatu ketika, di Zaman para Tabi’ tabiin, seorang pemuda bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan al-masih ad-Dajjal, beliau mengatakan, jika beliau berjumpa dengan Dajjal, akan beliau balingkan batu-batu kepada Dajjal sebagaimana yang diperkatakan Baginda saw; jika Dajjal muncul pada zaman Baginda, kanak-kanak kecil sendiri yang akan membaling batu-batu bagi menentang Dajjal.

tapi tidak,

Ibnu Masu’d menjawab ungkapan pemuda itu, ‘tidak, jika Dajjal muncul di hadapanmu, aku takut engkau akan merangkak mahu melihatnya, kerana kepantasannya berlari seperti angin..’ [hadith yang saya rekodkan dari Ustaz dalam kuliahnya]

itu yang saya takutkan, sangat-sangat bimbang,

sekarang, mungkin saya sangat teguh mengatakan, saya tidak akan sesekali terpengaruh dan terjebak dalam fitnah Dajjal, esok lusa, siapa kan tahu bagaimana tahap keimanan masing-masing. naudzubillah..

bimbang.

tetapi jawapannya hanya satu,

perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan,

meski bukan setaraf sahabat-sahabat R.A, namun kita masih belum terlambat kan?

mata kita bukan hanya ada dua, tetapi tiga. jika tertutup atau rosak yang ketiga ini, maka rosaklah jasad keseluruhannya. Mata Hati.

Ustaz Syaa’ri dalam kuliahnya menekankan tentang pentingnya pandangan mata hati, sebagaimana kisah Nabi Musa dan Khidir A.S, dalam perjalanan mereka dalam mencari makna sebenar sebuah ilmu. yang membezakan manusia adalah pandangan mereka. hanya yang mnggunakan pandangan Mata hati bersama-sama mata kasar yang akan terselamat dari Fitnah ini.

Agenda KITA

140812010/0823pm

Alhamdulillah, selesai mendengar sesi kuliah dan perkongsian dari ustaz Syaa’ri. Beliau membincangkan mengenai agenda-agenda, perancangan, propaganda, rancangan rahsia, dan kesemuanya yang berkaitan dengan Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. semuanya disingkap satu demi satu, sedikit demi sedikit saya menjadi tahu, sedikit demi sedikit saya menjadi takut, sedikit demi sedikit saya menjadi gementar.

herm

Ustaz ada menyebutkan bahawa ada riwayat yang menyatakan, apabila Baginda Rasulullah SAW menceritakan tentang Perihal Dajjal kepada Para Sahabat RA, ada ketika, Baginda bercerita dari waktu Zuhur, membawa kepada waktu Asar, dan terus bersambung semula pada malamnya. Baginda juga apabila memberitahu mengenai Dajjal, daripada keadaan Baginda duduk bercerita, sehingga Baginda berdiri, dan ada ketikanya Baginda mengetuk-ngetukkan tongkat Baginda yang menunjukkan kepada kita betapa penting dan seriusnya perihal Fitnah Dajjal yang akan melanda pada Umat akhir zaman. iaitu KITA.

Dalam satu Riwayat Hadith Soheh, daripada Fatimah bint Qais ada menceritakan bahawa, Baginda pernah menceritakan secara langsung kepadanya dan Para Sahabat R.A berkenaan dengan seorang lelaki Nasrani yang mendatangi Rasulullah, lalu menyatakan keislamannya seterusnya menceritakan kepada Baginda tentang pertemuannya dengan Dajjal di sebuah pulau.  Lelaki tersebut bernama Tamim Ad-Dari. Hadithnya panjang, dan saya tidak sempat menyalin kesemuanya, tetapi, apa yang saya dapat rakamkan dalam ingatan bahawa Dajjal itu telah wujud sejak zaman Baginda, iaitu ketika Tamim Ad-Dari dalam pelayarannya bersama 30 orang lelaki, mereka telah dipukul ombak dan ribut yang besar, lalu mereka telah terdampar di sebuah pulau yang asing, di mana, di situlah beliau telah menjumpai Dajjal. Dajjal yang pada ketika itu digari dan dirantai dengan kuat serta dipasung tubuhnya menyoal beberapa soalan kepada Tamim Ad-Dari. lalu, persoalan demi persoalan dijawab dan akhirnya, Dajjal berkata bahawa dia akan muncul tidak lama lagi. tidak lama lagi…

Dalam Riwayat Hadith soheh yang lain, Baginda juga ada menyatakan bahawa, jikalau pada ketika Dajjal muncul mengancam umatnya, dan pada ketika itu Baginda masih hidup, Baginda sendiri yang akan melawan dan berperang dengan Dajjal itu. tetapi, Baginda juga ada berpesan bahawa umatnya lah yang akan melawan dan berperang dengan Dajjal setelah kewafatan Baginda.

Baginda juga ada berpesan dan meminta kepada kita umatnya, bahawa sentiasa berdoa meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah untuk dijauhkan dan dilindungi dari Fitnah Dajjal. Baginda sendiri yang mengajarkan doa meminta perlindungan itu, dan seharusnya, kita perlu sentiasa berdoa dengan doa yang diajari Baginda.

“Allahumma Inna Naudzubika min Fitnatil Masihid Dajjal”

Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. amin.

sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak, tuan dan puan sekalian, kita sama-sama sentiasa berdoa, untuk diberikan perlindungan dari Fitnah terbesar dunia ini. semoga Allah, memberikan pertolongan dan perlindungan kepada hamba-hamba-Nya. amin.

sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, kita sama-samalah bersedia dan saling membantu dalam perjuangan melawan dan menghadapi Dajjal dan Proksi-proksinya. kita perlu saling tarik menarik sahabat-sahabat ke Majlis-Majlis Ilmu, kuliah, taa’lim dan pelbagai lagi tempat dan program yang membincangkan mengenai hal ini supaya kita akan lebih bersedia, untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat penting ini kepada masyarakat khususnya kepada keluarga dan saudara terdekat kita.

sama-samalah kita tarik menarik untuk ke Jalan Kebenaran.

~Dont be scared but be PREPARED!~

wallahu a’lam.



Kenapa Yahudi Inginkan Baitulmaqdis

Penulis : Noor Muzammil Mohamad (milliodosis@yahoo.com)

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews

The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

klik sini

**

Mari buka mata, buka hati, buka minda.

sebar-sebarkanlah walau satu ayat. inshaallah, kemenangan pasti milik kita. amin

Kerajaan Illuminati Tetap Rapuh

Ketahuilah sesungguhnya, kemajuan teknologi, penguasaan ekonomi global dan pemikiran sosio-budaya serta sosio-politik sejak ratusan tahun dahulu hingga sekarang tidak menjamin bahawa Illuminati sukar dikalahkan.

Kerajaan halimunan Dajjal iaitu Illuminati walaupun dilihat menguasai 110 peratus dunia ini, perlu dipercayai ia tetap rapuh dan boleh ditembusi bentengnya.

Dajjal sememangnya mengidamkan kekuasaan kerajaan yang paling total autokrasinya. Makhluk itu mahukan ia lebih hebat dari kerajaan Nabi Sulaiman yang mampu menguasai seluruh alam termasuk jin, binatang, angin dan sebagainya.
Namun harus diingat, kekuasaan yang dimiliki oleh Illuminati tidak akan melampaui doa yang telah dipohon oleh Nabi Sulaiman a.s.

” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.

(ayat 35, Surah As-Sad)

Kekuatan Pengaruh Illuminati Boleh Ditembusi

Doa Nabi Sulaiman yang memohon untuk menyekat mana-mana makhluk lain dari memperolehi kerajaan lebih dari baginda telah dimakbulkan Allah pada ayat 36 – 40, surah As-Sad.

(36) “Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;

(37) “Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing)”. Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.

(38) (Serta Kami katakan kepadanya): ” Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu)

(39) “Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).”

Janji Allah SWT wajiblah dipercayai dan diyakini, maka dengan janji yang sudah termaktub ini wajarlah bagi kita mempercayai tidak perlu terlalu kagum dengan ‘kehebatan’ penguasaan Illuminati dalam setiap agenda konspirasi-konspirasi mereka.

Apabila kita sudah mengetahui bahawa Illuminati tidaklah begitu hebat dan tidak akan menjadi hebat lebih dari kerajaan Sulaiman, maka setiap konspirasi yang terjadi sudah pasti dapat dibongkar seluas-luasnya.

Bukti Janji Allah Pada Nabi Sulaiman

Ya, semua konspirasi Illuminati berjaya dibongkar atas ketentuan Allah. Dan Allah sendiri memberi jaminan lagi atas segala kerahsiaan Illuminati ini.

Berikut ialah beberapa bukti konspirasi Illuminati yang direncanakan Dajjal amat rapuh dan dibongkar Allah melalui takdir-Nya. Bukti ini juga menunjukkan Allah sentiasa mengekang kemaraan Illuminati dari mengatasi kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.;

  • Pada 1784, buku perancangan utama Illuminati yang dikarang Zwack (atas arahan Prof Adam Weishaupt) telah siap dicetak untuk diagih-agihkan kepada seluruh ahli-ahli Illuminati di Perancis. Semasa membawa manuskrip buku itu dalam hujan renyai-renyai, Allah telah mengirimkan panahan petir kepada pembawa buku itu. Ia mati di tempat kejadian. Polis daerah telah menjumpai buku itu dan menyebarkan kepada seluruh raja Eropah melalui sebuah laporan panjang yang ditulis semula yang bertajuk “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”.
  • Pada 11 September 2001, kejadian keruntuhan WTC di New York dilihat sebagai suatu konspirasi paling teliti oleh kebanyakan pengkaji-pengkaji konspirasi. Penyelidik cenderung mengatakan plan awal keruntuhan WTC sudah dirancang sejak 1935 iaitu sejak tercetaknya wang kertas 1 dollar. Malangnya bagi Dajjal, kejadian itu menyebabkan agama Islam menjadi popular malah ramai pula yang memeluk Islam di Amerika. Tidak cukup dengan itu, Allah telah membuka lebar pengaruh sayap Islam apabila ramai pelajar-pelajar universiti di Amerika mula mengambil kelas-kelas berkaitan pengkajian agama Islam.
  • Walaupun Illuminati ditubuhkan di Jerman dan negara itu pula menjadi negara komunis terkuat pada zamannya, kini Allah membuktikan bahawa Jerman adalah negara paling terancam dengan pengaruh Islam. Menurut laporan televisyen Jerman, RTL, dianggarkan lebih 4000 orang memeluk Islam pada setiap tahun di Jerman. Majoriti pemeluknya pula adalah wanita. Yang lebih membingungkan kebanyakan konspirator elit ialah kebanyakan individu yang memeluk itu adalah golongan profesional dan berjawatan tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
  • Sejak terbukanya era mellineum 2000, Israel menghadapi beberapa masalah kecil yang kesannya lebih teruk dari berperang dengan HAMAS selama 40 tahun. Masalah itu ialah, sejak tahun 2000 semakin ramai perisik-perisik Mossad berjawatan tinggi dalam IDF mendedahkan kepada masyarakat tentang rahsia-rahsia kerajaan Israel.
  • Untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia secara biologi, golongan konspirator ekonomi dalam industri makanan tidak habis-habis meletakkan pelbagai pemangkin-pemangkin dalam makanan untuk membentuk satu acuan pemikiran baru di dalam masyarakat. Bagi menghalang pengaruh makanan sintetik itu, Allah telah mengembangkan dengan cepat institut-institut yang mengkaji kandungan halal dalam setiap makanan di seluruh dunia. Hampir 70 peratus negara dunia mempunyai institut khusus yang menentukan standard halal sesuatu makanan. Dan negara Amerika serta Kanada adalah negara yang mempunyai institut yang tercanggih kajian makmalnya serta diiktiraf sendiri oleh ulama-ulama seluruh dunia.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi yang Allah anugerahkan kepada umat Islam seluruh dunia bagi mengekang pengaruh kerajaan halimunan Illuminati ini. Sesungguhnya, doa Nabi Sulaiman itu dimakbulkan Allah sepanjang zaman tanpa kita sedari.

Walaupun Illuminati amat disanjung kehebatan perancangannya oleh kebanyakan Conspiracy Theorists namun sebagai umat Islam kita harus percaya, sesuatu yang thogut dan batil itu ada kelemahannya dan sentiasa akan kalah dengan ketentuan Allah Azza Wajalla.

**

klik sini untuk artikel asal