i promise…

Dia yang memandang dengan bening matanya

meninggalkan anak dan isteri jauh di kedalaman curam

“saya perlu menyelamatkan mereka.. mereka memerlukan bantuan saya..”

berbekalkan itu dia nekad meninggalkan mereka

tidak perlu berkata apa-apa

hanya yang perlu adalah yakin

“i promise, i’ll be back…”

____

*Filem etnik red-indian european ‘Apocalypto”

*History of United states

S.I.B.U.K itu N.I.K.M.A.T

S.I.B.U.K itu nikmat kan?

kerana waktu sibuk adalah waktu yang paling rapat dengan Allah. tak percaya?

“Ya Allah, penatnya.. berikan aku kekuatan…”

“Ya Allah, sibuknya.. banyaknya kerja, permudahkanlah urusanku…”

“Ya Allah, waktu dan masa adalah makhluk-Mu jua, maka, berikanlah aku masa melaksanakan amanah secukupnya…”

haa.. tak ke lebih rapat dengan Allah kan? ^^

tapi, setiap langkah dalam menyempurnakan tugas dan amanah perlulah disertai dengan niat yang ikhlas lagi bersih dari segala tuntutan dunia…

maksudnya, macam yang Baginda s.a.w pesan dalam hadithnya,

Daripada Umar R.A katanya,Rasulullah S.A.W tlh brsabda:

“Sesungguhnya sesuatu perkara itu bergantung kepada niat, dan bagi seseorang itu apa yang diniatknnya. Jika hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Jika hijrahnya adalah kerana duniawi, atau kerana wanita yg ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah brdasarkn ape yg diniatknnya dan hanya sekadar itu.”

dalam bahasa ringkasnya, kita boleh faham, kalau kita buat sesuatu tanpa di ‘link’ kan kerana Allah, dan untuk mencari keredhaan Allah, maka, apa yang kita lakukan akan menjadi sia-sia, dan kita akan dapat dunia sahaja, akhirat nanti rugi.

naudzubillah.

jadi, apa salahnya, kalau kita sibuk dengan tugasan belajar, kita niatkan, “aku belajar ini hanyalah semata-mata kerana-Mu Ya Allah, untuk mencari keredhaan-Mu dan untuk menolong agama-Mu…”

ringkas je kan?

insyaAllah dapat pahala, dan kerja belajar kita tak menjadi sia-sia.

begitu juga dengan kerja, niatkan kerana Allah, “aku bekerja ini, berpenat lelah mencari rezeki, hanyalah kerana-Mu, kerana mencari keredhaan-Mu, kerana menyempurnakan tanggungjawabku demi menjaga tanggunganku dan mempermudahkan urusan dunia demi menuju akhirat-Mu…”

jadi, walaupun kerja itu penat, tapi ada ‘value’ orang kata, kerja kita dipandang Allah, peluh dan keringat kita dikira Allah. pahala tau. ^^

macam tu juga dengan kerja persatuan, mesyuarat, program dan sebagainya.

 sememangnya menjadi seorang pelajar itu masanya terhad kalau digunakan sebaiknya. kan best, waktu buku amalan kita disemak Allah kelak, semuanya baik-baik sahaja, perkara lagho kurang, perkara kebaikan lebih banyak.. subhanallah.. moga-moga kan?

“tanggungjawab itu lebih banyak dari masa” – As-Syahid Hasan Al-Banna

jadi, jika kita terasa banyak sangat masa yang terluang, banyak sangat masa yang memberi peluang pada kita untuk melakukan perkara yang sia-sia, maka kita ‘check’ balik tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu. list kan balik supaya tiada yang tertinggal, tiada yang terabai.

jadi kesimpulannya,

sibuk itu indah, kerana kita mula merapat dengan Allah.

moga di setiap kesibukan ada buah amal kebaikan yang diterima Allah. insya Allah.. ^^

selamat sibuk!

wassalamualaikum… 🙂

syukur dan senyum ^^

“lain syakartum, laazidannakum..”

Kalau kamu bersyukur, aku akan tambahkan lagi.

Itu janji Allah. Kalau kita bersabar dan bersyukur, pasti Allah akan beri ganti, atau tambahkan lagi. Kerana itu, kita jangan mudah berputus asa, jangan mudah mengalah, jangan mudah mengeluh, jangan mudah berhenti dari sesuatu, sebaliknya kita perlu pertingkatkan kesabaran, perkukuhkan rasa kesyukuran kita kepada Allah.

Mungkin Allah ambil sesuatu dari kita kerana Dia tahu kita mampu untuk hadapinya. Mungkin juga kerana Allah mahu memberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diambil dari kita. Mungkin juga kerana tahap kesyukuran kita dan rintihan kita kepada Allah tidak cukup hebat, tidak cukup menggetarkan hati, lalu didatangkan ujian akan kehilangan sesuatu untuk mengajak kita mendekati-Nya.

Seolah-olah Dia membisikkan, “jangan bersedih, datanglah kepada-Ku, Aku pasti mendengarmu, Aku merindui rintihanmu.”

Allah, tahulah kita bahawa  kita sudah lama tidak berbasah kelopak mata, sudah lama tidak kebas sujud lama, sudah lama tidak bergetar jiwa dan raga, dek kerana kerasnya hati, terpesona dengan limpahan kurnia.

Diuji bukan tanda tidak sayang, diuji bukan tanda tidak dipandang, tetapi diuji tanda Allah masih memberi peluang bahawa Allah itu dekat, dekat sekali, jika kita merapati-Nya.

Jangan bersedih atas kehilangan, bersabarlah, Allah pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang baru, bukan, Allah pasti akan memberimu sesuatu yang LEBIH BAIK.

Senyum ^^

Wassalamualaikum.

F.R.I.E.N.D

Alangkah susah mendapat kawan

Bukan kenalan di zaman ini

Berpunca dari hati yang rosak

Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan

Kebaikan kita disoroknya

Bahkan didengkinya pula

Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan

Yang besar apatah lagi

Alangkah sepi dunia ini

Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi

Yang ada hanyalah di jalanan

Kerana kawan tiada lagi

Yang ada hanyalah di jalanan

lirik Dunia yang sepi. Munsyid – Hijjaz

* lagu tema kita minggu ini ye. hayati lirik diatas. 😀

* sedih bila terkenangkan, ada jugak jenis kawan yang macam ini. takpelah, bagi kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama dalam lirik ini, bersyukurlah kerana Allah masih ada bersamamu. hati manusia memang sukar nak dipuaskan. kalau ditimpa nasib sebegini, kawan yang menjadi lawan, kita sama-sama muhasabah ye. mungkin ada sesuatu yang silap dalam diri. biar Allah sahaja yang menilainya. 🙂

* Obviously, Your pain is a SIGNAL that SOMETHING WRONG happened inside you. – Prof. Kopanski.

Ya Allah, bersyukur sangat dikurniakan sahabat-sahabat yang sefikrah. sahabat-sahabat yang membimbing. thank you Allah. thanks dear friends. ^^

May Allah lead us, guide us ilal Jannah… 🙂

UJIAN

 

esok ujian. lusa ujian.

bila ujian, mesti kita pulun baca buku kan?

yela, sebab nak score markah,

nak hadapi ujian dengan mudah dan tenang.

sebab itu lah,

bila datang ujian dari Allah,

ujian yang sebenar-benar ujian,

kita perlu rujuk ‘Buku’,

baca ‘Buku’,

faham ‘Buku’,

barulah boleh hadapi dengan tenang,

boleh score markah ‘akhir’.

kan3??

 …
… maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-petunjukKU, (Al-Quran dan Sunnah) tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” [Al-Baqarah : 38]
^^

sharing is loving, helping is …?

helping is also loving laa! 😀

serius!

romantik habislah.. berpegangan tangan, bukan takat pegang biasa, pegang macam taknak lepas! Si Suami yang memaut lengan isterinya berjalan beriringan meredah lautan kereta dan bas di KL Central. hii 😀

saya yang dok jadi pemerhati dibawah rimbunan bumbung tempat bus stop ini tak semena-mena asyik melihat pasangan dua sejoli itu. nak kata melayu, confirm la tak, tengok kulit dah tau. mesti dari negara ‘tan tan’ ni, uzbekistan, pakistan, kazakhtan, hindustan… ops! bukanlah intan…

mereka pun menalakan pandangan ke arah saya. sudah! kenal ke? hihi mulalah melawak dalam hati.

“Assalamua’laikum..Sorry miss, do’ya know how to getta bus to Malaya University..?” si Suami bersuara. yang kagumnya, tangan masih tak lepas memaut lengan isterinya.. subhanallah! 🙂

“A’laykumassalam.. ya, you should take a bus written on it ‘Universiti’, so it could sent you to Malaya University.” 

sudah.. saya yang tak ingat bas nak pergi UIA dan UM nombor berapa. lalu, bagi instruction begitu je. moga-moga faham.

“oh okey, thank you…”

5minit kemudian, apabila modal bersembang dah takde…

bas U70 pun lalu, Yahoo!! bas dah sampai, nak balek Puchong!! yeyey! herm tapi, timbul lak rasa serba salah, nak tinggalkan foreigner ni. kang sesat lak nanti.

memandangkan kedua-duanya agak berusia. kira-kira mungkin dalam 40 tahun ke atas kot. takkan lah nak tinggal, dia kata first time datang Malaysia. lepas tu terus nak pergi UM coz nak pergi melawat saudara dia. kira macam cuti-cuti Uzbekistan la ni. huu

saya pun serba salah, nak tunggu ke nak naik bas. nak tunggu ke nak balik je ye?? herm.. lalu dengan pandangan yang sayu dan syahdu, anak mata saya menghantar pergi bas U70 yang dah jauh menghilang. 

“takpela, tolong orang Allah tolong kita tau.” nak sedap kan hati, kena ingatkan diri tentang Allah kan?

dah 15 minit, tunggu punya tunggu, menanti punya menanti, bas Metro dengan Rapid yang pergi Jalan Universiti ni pun tak lalu-lalu lagi. sabar-sabar… ^^

5 minit kemudian..

haa!! tu ha bas dah sampai!! eh, silap, “sir, that is the bus that you should ride on.”  aku separa berkata-kata. maksudnya, bercakap perlahan-lahan. huu

“oh yeah? thank you miss, May Allah bless you!” 

“Inshaallah. you too..”

mereka pun hilang dari pandangan. berganti pula dengan bas U70, tepat-tepat datang lepas mereka pergi. memang Allah nak bagi pahala free lah. secepuk jatuh, sebab tolong orang. moga-moga. 🙂

tamat.

__

cerita ni bukan untuk bangga diri sebab saya tolong orang tau. tidak sama sekali. nope. noktah. cumanya nak share apa yang saya dapat dan apa yang saya kagum. seriously, the best teacher is experience. and experience only kita akan dapat whenever kita berjalan pada bumi Allah, tak kira kat mana dan bila masa.

firstly, kalian ada tertanya tak, apasal lah si Intan ni asyik cakap dengan foreigner lelaki tu je? bukan nak cakap dengan foreigner perempuan tu. padahal lebih Afdhal cakap dengan kaum sejenis.??

dats why la saya sangat kagum, sebab, isteri beliau seorang yang tak boleh bercakap. dari awal saya dah perasan, mereka gunakan bahasa isyarat. Subhanallah. sangat kagum. masih wujud seorang lelaki yang setia kepada isteri walau apa jua sekali keadaan. memanglah, cinta dari Allah, menyempurnakan cinta manusia. siapa kata, kita perlu mencari kesempurnaan pada pasangan kita?

yang kedua, teringat pesan mak.. 

“kita memang tak tahu bila kita akan susah. dan bila kita susah, kita mesti harap orang tolong kita kan? jadi, masa senang lah kita cuba sedaya mungkin untuk tolong orang, sebab nanti masa susah, mesti Allah akan tolong kita punya. mesti. inshaallah.”

macam apa yang Rasulullah pesan;

 “Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. 
( HR. Imam Muslim)
so, sama-sama usaha untuk jadi yang lebih baik ye. buku amalan pun masih baru, mesti nak dapat A kan tahun ni? jadi, jom berhijrah.. 🙂
^^
sekian.
ps : you get back what you give. ^^