learn to LEARN

learn to learn

tak kenal maka tak cinta kan?

saya selalu pesan kat diri sendiri, dekat adik-adik, yang kita kena kenal diri

sendiri dahulu untuk berjaya dalam apa-apa, sama ada subjek kehidupan di dunia mahupun subjek kehidupan di akhirat.

adik-adik saya dua-dua tahun ini akan menghadapi dua peperiksaan besar, Spm dan Pmr. saya selaku kakak, saya rasa saya yang cukup kecut perut.. hihi ^^

Angah selalu tanya, “kakak, macam mana nak study ye? takde moo

d la. kat sekolah pun tengok orang main je. cikgu pun kadang masuk, kadang tak.”

saya diam dulu, mencekak pinggang ala-ala si ibu mahu berkhutbah pada anaknya. huhu

“kenal diri sendiri dulu. jangan peduli yang lain. jangan cari kekurangan yang lain. yang penting diri sendiri.”

waktu untuk pecut!

waktu untuk pecut!

maksudnya, kita suka belajar yang macam mana. study pada waktu bila yang sesuai dnegan otak dan penerimaan minda kita. tempat macam mana yang selesa. warna apa, gaya apa nota kita. ataupun tidak bernota tapi lebih suka mendengar. ataupun bercakap dan mendengar sekaligus. dan banyak lagi teknik-teknik belajar yang perlukan kesesuaian diri dan minda.

herm, faham tak ye.. ?

saya bagi contoh lah, melalui pengalaman saya mempunyai 2 orang adik lelaki, mereka ni cerdik-cerdik sebenarnya, namun cuma cara belajar yang tidak sesuai. mereka lebih suka mendengar daripada membaca dan membuat nota. ha, mereka sukakan peta dan bentuk-bentuk. mereka lebih sukakan cabaran, contohnya membaca dengan buku terbalik ke (dont try this at home), ataupun rakam suara kita baca buku dan dengar balik dengan earphone and so on. ^^

kebiasaannya, perempuan pula akan contra dengan cara belajar lelaki. mereka labih suka membuat nota yang berwarna-warni, tampal sana sini, mereka boleh membaca straight setengah jam atau lebih. dan banyak lagi yang saya rasa itu adalah teknik belajar yang tersendiri.

bagi adik-adik yang kurang gemar membaca dan menghafal bulat-bulat, akak nasihatkan belajar mengingat melalui persekitaran. contohnya, apabila tengah belajar tentang kelajuan cahaya, pegang pembaris, kalau ada pembaris yang panjang sampai 30cm lagi bagus. hehe lepas tu, kata macam ni, kelajuan pembaris ini lajunya sejarak pembaris ini sesaat. maksudnya, pembaris yang kita pegang tu kan 30cm, dan kelajuan cahaya adalam 30centimeter setiap saat. jadi, kelajuan cahaya setiap saat adalah berjarak pembaris di tangan! woha! ^^

yang saya maksudkan disini bukanlah cahaya itu, tapi bagaimana kita gunakan daya imaginasi kita ketika belajar. contohnya, bulatnya jam umpama matahari, dan jarum yang berputar umpama bumi yang mengelilingi matahari dan sebagainya. saya rasa cara ini senang dan mudah berkesan.. bagi saye la.. 🙂

banyak lagi cara-cara belajar yang kita sendiri kena kenal pasti yang mana sesuai dengan diri kita. belajar dalam bising kah, atau belajar tanpa ada satu bunyi pun. atau belajar diwaktu pagi kah atau waktu petang.

untuk dapatkan keputusan, time belajar, cuba muhasabah dulu. senyap-senyap, diam dan tenang, kenal diri sendiri, kalau ok waktu itu terus ON! kalau tidak, kita tutup buku! dan cari waktu yang sesuai.

tapi, kalau semua waktu tak sesuai, hmm, saya rasa satu je jawapannya..

..

..

PAKSA!!

^_^

what is important is LEARN to LEARN..


*belajar-belajar intan!

salam Maulidurrasul.. 🙂

2 thoughts on “learn to LEARN

  1. ass.
    i love the way you wrote an articles or entries,
    truthfully, plz dont delete your blog,
    sebenarnye, ia amat bermanfaat buat orang mcm saya..
    keep it up ya n tq! 🙂

Leave a reply to secret reader Cancel reply